Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masyarakat saintifik harus kerjasama tanpa kira hubungan antarabangsa: DPM Heng

Jan 18, 2023 | 05:30 AM



MASYARAKAT saintifik boleh bekerjasama dalam usaha memajukan pengetahuan, tanpa mengira hubungan antarabangsa yang berubah-ubah, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.



Berucap di upacara pembukaan Sidang Puncak Saintis Muda Global 2023 di Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) semalam, Encik Heng, yang juga pengerusi Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF), berkata kerjasama di peringkat global itu kian perlahan atau terhenti dalam sesetengah bidang akibat persaingan strategik yang kian tegang antara kuasa besar dunia serta retorik politik yang bersifat memecah belah.



Dalam sekitaran ini, sains dan masyarakat saintifik boleh menawarkan keobjektifan dan kerapian, ujarnya.



Beliau berkata mereka boleh menyatukan minda yang terbaik untuk mengkaji dan membangunkan penyelesaian bagi cabaran yang menjejas dunia, tanpa mengira kewarganegaraan mahupun kepercayaan politik.



Beliau turut memberi contoh pemenang Hadiah Nobel bagi Fizik 2022 iaitu Encik Alain Aspect, Encik John Clauser dan Encik Anton Zeilinger, yang telah membangunkan alat eksperimen yang dapat membantu membuktikan sejenis fenomena fizik yang dinamakan 'quantum entanglement'.



"Ketiga-tiga mereka mempunyai kewarganegaraan yang berbeza - Encik Aspect seorang warga Perancis, Encik Clauser warga Amerika dan Encik Zeilinger warga Austria.



"Inilah keindahan sebenar sains - iaitu keupayaannya menyatukan orang ramai daripada budaya, kewarganegaraan dan agama yang berbeza untuk mencapai misi yang sama mengembangkan pengetahuan saintifik," ujar Encik Heng yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi.



Diadakan buat kali ke-11 tahun ini, Sidang Puncak Saintis Muda Global 2023 akan berlangsung hingga Jumaat di SUTD, dengan ceramah dan perbincangan panel bersama 21 saintis terkemuka, termasuk pemenang Hadiah Nobel dan pemenang Hadiah Teknologi Milenium yang dianugerahkan yayasan bebas Akademi Teknologi Finland.



Selepas berlangsung di dalam talian disebabkan pandemik Covid-19 sepanjang dua tahun lalu, acara tahun ini, yang dianjurkan NRF, berlangsung dalam format hibrid, dengan peserta dari 29 negara.



Sekitar 350 peserta menghadiri sidang puncak itu secara fizikal manakala lebih 1,400 peserta mengikutinya menerusi dalam talian.



Antara topik yang dibincangkan termasuk kemajuan dalam penyelidikan graphene (sejenis molekul karbon yang menurut saintis boleh menggantikan silikon), trend semasa dalam pengkomputeran prestasi tinggi serta kesan proses otak pada kesihatan dan penyakit.



Encik Heng menarik perhatian bahawa pandemik Covid-19 telah mengingatkan dunia akan peranan penting yang dimainkan sains dan masyarakat saintifik dalam menangani cabaran dunia.



"Tanpa pembangunan yang segera dan penting dalam bidang diagnostik, vaksin dan terapeutik, kita mungkin masih mengadakan sidang puncak ini di dalam talian," ujarnya.



Sementara dunia belum mengatasi koronavirus itu sepenuhnya, beliau berkata perhatian kini harus diberi juga untuk menangani cabaran lain yang dihadapi dunia seperti perubahan iklim dan penduduk yang kian menua.



Encik Heng berkata inovasi saintifik dan kejayaan besar seperti menjadikan teknologi rendah karbon yang sedia ada lebih berdaya maju dari segi ekonomi dan meneroka kemungkinan baru seperti pelakuran nuklear (nuclear fusion) akan diperlukan supaya dunia boleh mencapai pelepasan sifar bersih.



"Sains akan menjadi kuasa pemacu bagi menangani cabaran dunia.



"Dengan itu, masyarakat saintifik dunia juga membawa harapan bagi kemanusiaan," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >