Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mat Noh sering beri nasihat kepada pemain muda

Sep 22, 2021 | 05:30 AM



SEORANG ikon bola sepak Singapura yang disegani bukan sahaja dalam kalangan fraterniti sukan itu di sini bahkan di rantau ini.



Pemergian Allahyarham Mohamad Noh Hussein, atau Mat Noh, meninggalkan kesan mendalam dan dikenang sebagai antara pemain terbaik negara ini.



Pemain yang mengharumkan nama Singapura semasa menyarung jersi pasukan Singa pada 1970-an itu meninggal dunia kelmarin pada usia 67 tahun. Allahyarham mengalami serangan jantung pagi Ahad dan dimasukkan ke Hospital Besar Sengkang.



Jenazah Allahyarham dikebumikan di Pusara Abadi selepas asar semalam. Pengebumian Allahyarham itu dihadiri ahli keluarga, rakan dan beberapa bekas pemain bola sepak Singapura.



Pemergian pemain yang menjulang Piala Malaysia bagi Singapura pada 1977 itu amat dirasakan, terutama oleh rakan seperjuangan serta mereka yang pernah bermain bersamanya.



Menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang baik dan rendah diri, usahawan yang juga presiden kelab bola sepak Divisyen 2 Kaki Bukit SC, Encik Zaki Maarof, berkata sumbangan beliau kepada bola sepak Singapura sangat besar.



"Ramai pemain muda pada waktu itu ingin menjadi sepertinya. Kami, termasuk diri saya sendiri, mahu bermain seperti beliau. Beliau dianggap sebagai seorang ikon dan Singapura boleh berbangga kita pernah mempunyai seorang pemain sepertinya, yang sangat disegani dan disukai ramai.



"Jika kita lihat, akhbar negara jiran turut melaporkan tentang pemergian arwah," kata Encik Zaki.



Bekas penjaga gawang Singapura David Lee memberitahu Berita Harian Allahyarham antara pemain senior yang sering memberi nasihat berguna kepada pemain muda.



"Saya beruntung dapat berkongsi padang bersama beliau selama tiga tahun, sebelum beliau bersara pada 1981. Beliau antara pemain senior dalam pasukan negara yang sangat baik dan saya banyak belajar daripadanya.



"Beliau bukan seorang role model, atau pemain contoh, bukan bagi pemain lain saja, malah peminat bola sepak kita, yang sangat menyayangi beliau," ujarnya.



Turut mengiring jenazah ke pusara semalam ialah Duta Singapura ke Kuwait (Bukan pemastautin), Encik Zainul Abidin Rasheed, yang juga mantan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar).



"Allayarham Mat Noh lebih dari sebagai seorang bintang bola sepak handal tetapi sebagai satu obor perpaduan berbilang bangsa Singapura kita.



"Sukan sebagai satu lambang dan alat perpaduan negara dan Mat Noh, dengan peribadinya yang lembut, sopan santun dan rendah diri adalah kesayangan semua tidak kira bangsa dan agama,'' kata Encik Zainul.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >