Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mayat anggota NS ditemui di kolam kuari Pulau Ubin

Apr 16, 2023 | 08:01 PM



MAYAT seorang anggota perkhidmatan negara (NS) telah ditemui terapung di kolam sebuah kuari di bahagian utara Pulau Ubin dan dibawa ke darat pada Ahad.


Anggota bomba yang tidak bertugas itu – seorang anggota NS sepenuh masa berusia 22 tahun di Balai Bomba Tampines – telah dilaporkan hilang sejak Jumaat.


Polis menyatakan pihaknya menerima panggilan untuk mendapatkan bantuan pada 12.33 pagi pada Sabtu.


Kira-kira 1 tengah hari pada Ahad, satu mayat dilihat terapung di kawasan air Kuari Kekek, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).


SCDF menyatakan pasukan penyelamatnya yang menjalankan pencarian di kuari itu telah membawa mayat itu ke darat, dengan anggota paramedik kemudian mengesahkan mangsa itu telah meninggal dunia.


Berdasarkan siasatan awal, polis berkata pihaknya tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat.


Pada Sabtu, seorang penduduk Pulau Ubin, yang hanya dikenali sebagai Encik Wang, 65 tahun, memberitahu akhbar harian Cina Lianhe Zaobao bahawa beliau melihat seorang teman kepada lelaki yang hilang itu meminta bantuan pada kira-kira 7 malam pada Jumaat di sekitar kawasan kuari.


Encik Wang berkata lelaki yang hilang itu mungkin pergi berenang di kolam kuari dan tidak membawa telefon bimbitnya, menurut keluarga dan rakan lelaki itu.


Menurut Encik Wang, hujan turun di pulau itu dari 5 petang hingga 7 malam pada Jumaat dan terdapat ular sawa dan buaya di dalam kolam itu, yang boleh mencecah kedalaman 40 meter.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >