Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mayat ditemui di Chin Swee Road: Polis siasat kandungan ngeri dalam periuk

Sep 13, 2019 | 04:14 PM



POLIS sedang menyiasat kandungan ngeri yang terdapat di dalam periuk memasak di sebuah flat sewa satu bilik Chin Swee Road pada hari Selasa (10 September).



Polis dimaklumkan mengenai kes itu pada hari Selasa (10 Sep) pukul 8.30 malam, di Blok 52 Chin Swee Road.



Menurut akhbar bahasa Cina, Lianhe Wanbao, polis dilihat meninggalkan unit itu dengan beberapa barang seperti periuk logam dan beg. Polis meyifatkan kes itu sebagai suatu kes kematian luar biasa pada hari Rabu.



Apabila wartawan The New Paper melawat unit itu semalam petang, ia kelihatan kosong dan pintu gerbangnya juga telah dikunci dengan rantai besi yang tebal.



Seorang penduduk di tingkat kelapan yang ingin dikenali sebagai Cik Chong, 40-an tahun, berkata penduduk di situ terhidu bau yang kuat di koridor selama dua minggu sebelum polis tiba.



"Saya tidak tahu bagaimana menerangkannya, tetapi bau itu menimbulkan keresahan. Ia adalah sesuatu yang saya tidak pernah terbau sebelum ini," katanya.



Cik Chong menambah bahawa pihak polis telah bertanya jika beliau kenal penghuni yang tinggal di unit itu dan jika beliau pernah mendengar apa-apa pertengkaran yang berlaku di unit itu.



Seorang pekerja sambilan berusia 68 tahun berkata, pasangan dengan anak-anak muda telah tinggal di unit itu sebelum ini, tetapi mereka berpindah pada separuh pertama tahun ini.



"Seorang lelaki yang agak gempal, berusia 30-an telah berpindah empat bulan lalu dan dia tinggal di situ bersendirian," katanya kepada TNP.



"Setiap kali saya berjalan melewati pintu rumah itu, saya dapati pintunya sering dibiarkan terbuka, dan lelaki itu sering menonton televisyen sambil ketawa bersendirian dengan kuat."



Siasatan polis sedang diteruskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >