Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:29
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

MCCY tinjau sokongan lanjut Covid-19 bagi seni, sukan: Edwin Tong

Jan 20, 2021 | 09:24 PM

LEBIH banyak bantuan akan diberikan kepada sektor seni dan sukan, dengan pemerintah meninjau langkah sokongan  lanjut untuk mengurangkan kesan pandemik Covid-19.

Menteri Budaya, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, dalam satu wawancara pada Selasa (19 Jan) berkata kementeriannya sedang meneroka langkah-langkah yang akan dirancang untuk membolehkan golongan dalam kedua-dua sektor meraih kemahiran yang dapat "mempertahankan mereka dalam masa terdekat dan seterusnya, dalam dunia pasca pandemik ".

"Pakej yang sedang kita tinjau, yang masih kita terokai, akan mempunyai beberapa ciri ini untuk menjadi kalis masa depan  dan siap masa depan bagi golongan dalam kedua-dua industri," katanya, lapor The Straits Times.

Pemerintah tahun lalu melancarkan Pakej Daya Ketahanan Seni dan Budaya (ACRP) bernilai $55 juta dan Pakej Daya Ketahanan Sukan (SRP) bernilai $50 juta untuk membantu golongan dalam kedua-dua sektor, yang seperti sektor lain, telah terjejas teruk oleh wabak itu dan penutupan ruang.

Ditanya tentang butiran mengenai langkah-langkah baru yang dirancang bagi kedua-dua sektor tersebut, Encik Tong berkata geran operasi akan tetap menjadi bahagian utama.
Tujuannya adalah untuk menyokong perniagaan yang akan dapat bertahan jika bukan kerana sekatan Covid-19, tambahnya.

Pertolongan juga akan diberi kepada pekerja bebas, yang Encik Tong kata memainkan peranan istimewa dalam sektor sukan dan seni dengan memberikan "tahap kespontanan dan daya cipta kepada industri itu".

Berita Popular

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map