Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MCI cadang khidmat keselamatan untuk ibu bapa tangani bahaya dalam talian

Jul 14, 2022 | 05:30 AM



TETAPAN atau setting yang membolehkan ibu bapa dan waris mengehadkan siapa yang boleh menghubungi dan berinteraksi dengan anak mereka di media sosial serta penapis yang boleh mengehadkan apa yang dapat dilihat mereka merupakan antara beberapa langkah yang diusulkan pihak berkuasa untuk menangani bahaya di dalam talian dengan lebih baik.



Menerusi kertas perundingan yang dilancarkan semalam, Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) mengusulkan tetapan itu dapat diaktifkan sebagai pilihan asal bagi perkhidmatan yang membolehkan pengguna di bawah umur 18 tahun mendaftar bagi sebuah akaun.



"Perkhidmatan ini boleh memberi amaran kepada pengguna muda serta ibu bapa atau waris pengguna muda tentang kesannya apabila mereka memilih untuk menukar tetapan itu," kata MCI dalam dokumen perundingan.



Di bawah Kod Kandungan bagi Perkhidmatan Media Sosial serta Kod Amali bagi Keselamatan Dalam Talian yang diusulkan, wadah media sosial juga harus menyiarkan maklumat relevan seperti nombor talian bantuan dan perkhidmatan kaunseling kepada pengguna yang mencari kandungan berisiko tinggi.



Ini termasuk kandungan yang berkaitan dengan mencederakan diri sendiri dan bunuh diri.



Di bawah Kod Amalan Keselamatan Dalam Talian yang disarankan dan Kod Kandungan untuk Perkhidmatan Media Sosial, platform media sosial juga harus mendorong maklumat yang berkaitan seperti nombor talian bantuan dan perkhidmatan kaunseling kepada pengguna yang mencari kandungan berisiko tinggi.



Ini termasuk yang berkaitan dengan mencederakan diri dan membunuh diri.



Orang ramai boleh memberi pandangan mereka menerusi laman web https://go.gov.sg/online-safety-consultation hingga 10 Ogos.



Kementerian tersebut kemudian akan menerbitkan ringkasan maklum balas utama yang diterima.



Semalam, MCI turut menawarkan butiran lanjut tentang bahaya dalam talian yang akan dilindungi oleh kod tersebut apabila ia berkuat kuasa, termasuk piawaian tambahan untuk pengguna muda.



Sebagai contoh, definisi kandungan seksual berbahaya bagi semua pengguna meliputi aktiviti seksual yang eksplisit serta kandungan yang menunjukkan atau mempromosikan tingkah laku seksual yang menyimpang seperti sumbang mahram atau inses, sifat kebinatangan, nekrofilia dan pedofilia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >