Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MCI isytihar The States Times Review sebagai Lokasi Dalam Talian Yang Diisytiharkan (DOL)

Feb 15, 2020 | 02:00 PM



Menteri Perhubungan dan Penerangan (MCI) pada Sabtu (15 Feb) mengisytiharkan laman Facebook The States Times Review (STR) sebagai Lokasi Dalam Talian Yang Diisytiharkan (DOL), di bawah undang-undang berita palsu Singapura kerana telah ia berulang kali menerbitkan kepalsuan.



Pengisytiharaan itu bermakna laman Facebook STR perlu meletakkan notis yang menyatakan ia telah diisytiharkan sebagai DOL dan menjadikannya satu kesalahan jika pemiliknya Encik Alex Tan meraih sebarang manfaat daripada mengendalikan laman Facebook itu. 



Ia juga melarang peruntukan bantuan kewangan bagi laman Facebook itu yang bertujuan memberi sokongan, membantu atau mengalak penyebaran kepalsuan, kata MCI dalam kenyataannya pada Sabtu (15 Feb).



Pengisytiharaan itu berkuatkuasa pada Ahad (16 Feb).



“Dengan adanya notis itu, pengunjung ke laman Facebook STR akan diberi amaran bahawa laman itu mempunyai sejarah menyiarkan kepalsuan,” kata MCI dalam kenyataannya.



Laman Facebook itu telah beberapa kali menerbitkan kepalsuan, termasuk tiga yang dikenakan perintah pembetulan atau yang lain oleh Pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) sejak November 2019.



Menurut MCI, laman Facebook STR, setakat ini belum lagi mematuhi sebarang Perintah POFMA yang dikenakan terhadapnya.



Ini termasuk kepalsuan tentang keadaan koronavirus COVID-19 yang sedang menular di Singapura, misalnya berita palsu mengenai tindakan pemerintah, serta kononya ada larangan ke Singapura yang dikenakan oleh negara lain, dan juga mendakwa Singapura kehabisan pelitup pembedahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >