LANGKAH berjaga-jaga harus diambil bagi penyampaian iklan dalam program radio dan televisyen awam, menurut laporan terkini Jawatankuasa Penasihat Program (PAC) Penguasa Pembangunan Media (MDA).
Laporan tersebut antara lain menarik perhatian terhadap iklan suplemen kesihatan yang menyasarkan golongan pesara dan suri rumah yang mendengar stesen radio Melayu, Warna, dan stesen radio Tamil, Oli.