Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MediFund agih lebih $156j kepada 1.1j pemohon pada 2022

Nov 24, 2023 | 06:44 PM



Dana endowmen perubatan MediFund telah mengagihkan sebanyak $156.3 juta bantuan kepada lebih 1.1 juta permohonan dalam kalangan rakyat Singapura yang memerlukan untuk membayar bil perubatan mereka pada tahun berakhir 31 Mac 2023, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat.

Ini adalah $7.8 juta lebih rendah daripada $164.1 juta yang dikeluarkan pada tahun kewangan (FY) 2021, terutama disebabkan oleh bilangan permohonan MediFund yang lebih rendah yang diterima oleh institusi penjagaan kesihatan awam pada FY2022.

Menurut MOH, ini mungkin disebabkan oleh peningkatan dalam subsidi penjagaan kesihatan pemerintah pada suku ketiga FY2022 yang meningkatkan kemampuan bagi lebih ramai pesakit.

MediFund ialah jaringan keselamatan untuk warga Singapura yang memerlukan, yang tidak mampu membayar baki bil perubatan mereka selepas subsidi pemerintah dan setelah menggunakan kaedah pembayaran lain, termasuk MediShield Life dan MediSave.

Dengan MediFund, tiada rakyat Singapura akan dinafikan akses kepada rawatan perubatan bersubsidi kerana tidak mampu untuk membayar.

MediFund telah diperkenalkan oleh pemerintah pada 1 April 1993 dengan matlamat membantu warga Singapura yang memerlukan yang tidak mampu membayar baki bil perubatan mereka selepas subsidi pemerintah, MediShield Life, dan MediSave.

Bantuan yang diberikan berdasarkan setiap permohonan dan hanya boleh diberikan kepada pesakit bersubsidi.

Bagi setiap permohonan yang berjaya, kuantum bantuan yang diberikan berbeza dan bergantung kepada keadaan sosioekonomi individu, saiz bil dan jumlah tertunggak.

Menurut laporan yang dikeluarkan MOH pada Jumaat, jumlah permohonan MediFund yang diluluskan ialah 1,126,942, merosot 8.9 peratus daripada 1,236,587 permohonan yang diluluskan pada FY2021.

Terdapat juga penurunan sebanyak 8.8 peratus dalam jumlah permohonan untuk sokongan MediFund dalam tempoh yang sama.

Di institusi penjagaan kesihatan awam, jumlah bantuan yang diberikan kepada pesakit ialah $119.3 juta, berbanding $128.6 juta pada FY2021.

Dalam kemudahan Penjagaan Pertengahan dan Jangka Panjang, jumlah bantuan yang diberikan kepada pesakit ialah $37 juta, berbanding $35.5 juta pada FY2021.

MOH berkata secara purata, jumlah bantuan MediFund yang diberikan ialah $936 bagi setiap kemasukan pesakit dalam, dan $99 bagi setiap lawatan pesakit luar, berbanding $912 dan $95 masing-masing pada FY2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >