ORANG ramai boleh menjangkakan lebih banyak kelainan dari segi tema, produk dan persembahan yang akan diperkenalkan syarikat penganjur acara MegaXpress International tahun depan.
Menurut pengurus pembangunan perniagaan MegaXpress, Cik Vivienna Hamzah, syarikat itu telah meninjau semula model perniagaannya pada suku ketiga tahun ini dan memperkenalkan tema pameran yang baru.