Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Melancong akhir tahun: Buat pasport baru mulai sekarang

Aug 19, 2022 | 05:30 AM



WARGA Singapura yang mempunyai rancangan melancong ke luar negara pada hujung tahun ini dinasihatkan supaya membuat permohonan mulai sekarang bagi membaharui pasport mereka, yang sudah tamat tempoh sahnya atau mempunyai tempoh sah lebih kurang enam bulan.



Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan semalam berkata, orang ramai diharapkan berbuat demikian supaya dapat mengelak daripada permintaan mendadak bagi permohonan pasport baru menjelang hujung tahun ini.



"(Ini akan) menawarkan masa yang secukupnya untuk ICA memenuhi permintaan pelancongan hujung tahun ini," kata ICA.



"Warga Singapura yang membuat permohonan pasport baru lewat bakal mengalami risiko tidak menerima pasport mereka pada waktu tepat sebelum perjalanan mereka."



Makluman ICA itu disampaikan selepas ia mengalami bilangan permohonan pasport yang naik mendadak awal tahun ini apabila perjalanan ke luar negara dimulakan semula selepas disekat dua tahun akibat Covid-19.



Pada ketika itu, warga Singapura perlu menunggu sekurang-kurangnya enam minggu sebelum pasport mereka disediakan.



Mei lalu, ICA berkata bilangan permohonan pasport telah naik kepada lebih 7,000 setiap hari berbanding 2,000 sehari sebelum pandemik.



ICA kini mengeluarkan sekitar 6,500 pasport baru setiap hari.



Pemohon boleh menghantar permohonan mereka menerusi laman ICA atau MyICA mobile.



Untuk elak daripada tertangguh, ICA berkata, pelancong harus memastikan gambar yang dihantar menyusuli permohonan mereka harus memenuhi garis panduan ICA.



Gambar harus diambil dengan keterangan yang seimbang, dalam tempoh tiga bulan sebelum membuat permohonan itu, dan mempunyai ekspresi muka yang sederhana.



Rambut dan bahu mereka juga harus dapat dilihat dalam gambar itu dan latar belakang gambar tersebut perlu berwarna putih.



Pemohon yang perlu memantau status permohonan pasport mereka boleh berbuat demikian menerusi laman MyICA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >