Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Melayu harus kembali 'jatuh cinta' dengan bahasa

Zaqy, Mariam gesa usaha lestari bahasa diterajui golongan muda
Sep 05, 2022 | 05:30 AM



ORANG Melayu perlu diajak untuk kembali jatuh cinta dengan bahasa Melayu, dan berusaha memelihara bahasa ibundanya sebagai lambang identiti dan jati diri.



Usaha yang dijalankan sekarang harus terus dipertingkat dengan tumpuan diberi kepada mendekati golongan muda, dan menyerahkan tanggungjawab dan teraju memperjuangkan bahasa di pundak mereka.



Demikian ditekankan beberapa pemimpin setempat di acara-acara bahasa dan budaya yang diadakan serata pulau sempena sambutan Bulan Bahasa tahun ini.



Dalam ucapannya semasa merasmikan acara Pesta Bahasa dan Seni anjuran Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Marsiling di Pusat Sivik Woodlands semalam, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, berkata sedang bahasa Inggeris kian menjadi bahasa utama, lebih-lebih lagi di kalangan golongan muda, adalah perlu bagi masyarakat Melayu untuk terus memelihara bahasa ibunda.



"Dalam arus pembangunan dan realiti kehidupan masyarakat majmuk seperti Singapura, dengan bahasa Inggeris menjadi bahasa kerja dominan, penggunaan dan penguasaan bahasa Melayu sedikit terhakis, sekali gus rasa cinta terhadap bahasa juga berkurang," kata beliau.



Encik Zaqy menambah bahasa Melayu di Singapura mempunyai "kedudukan istimewa" sebagai bahasa ibunda dan Bahasa Kebangsaan.



Di samping itu, Encik Zaqy turut menekankan peranan penting guru-guru, sasterawan dan pencinta bahasa Melayu selain Majlis Bahasa Melayu Singapura "dalam usaha memajukan Bahasa Melayu di negara kita".



Beliau memberi contoh bagaimana guru-guru, pelajar dan relawan MAEC Marsiling telah berganding bahu demi menjayakan Pesta Bahasa dan Seni di Marsiling untuk terus memajukan bahasa dan budaya Melayu.



"Usaha dan perkembangan sebegini menjanjikan masa depan lebih cerah bagi perkembangan bahasa Melayu," ujar Encik Zaqy.



Dalam pada itu, di Kampung Admiralty, para penduduk disajikan dengan pelbagai kegiatan bahasa dan budaya termasuk pertandingan berpidato, memasak dan sesi bersama penulis buku The Food of Singapore Malays, Encik Khir Johari.



Dianjurkan MAEC GRC Sembawang, ia dihadiri tiga Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang - Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung; Cik Mariam Jaafar; dan Encik Vikram Nair.



Bertemu media di acara tersebut, Cik Mariam berkata adalah penting untuk menyemai rasa cinta dan memupuk penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan anak-anak muda.



"Kalau bukan kita, siapa lagi (yang akan melestarikan penggunaan bahasa Melayu)? Menerusi bahasa, kita belajar tentang jati diri dan juga budaya kita.



"Kalau kita tidak berusaha untuk memperkukuh dan membuat orang cinta dengan bahasa Melayu, saya rasa itu satu kehilangan besar untuk budaya dan masyarakat kita," kata beliau.



LAPORAN SELANJUTNYA:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >