MENGENAI MASYARAkAT MELAYU/ISLAM
Melayu kian maju tapi usah lihat dari sudut 'purata' saja
Dec 15, 2019 | 05:30 AM
MASYARAKAT Melayu Singapura telah mencapai banyak kejayaan dan berjaya mengikut rentak kejayaan masyarakat lain, namun adalah penting juga untuk tidak melihat kejayaan itu hanya daripada sudut 'kejayaan purata' sahaja.
Ini kerana masih terdapat dalam kalangan masyarakat tersebut yang masih memerlukan bantuan untuk berjaya, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing.