Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Melayu/Islam kini lebih terbuka untuk bantu banduan kembali ke pangkuan masyarakat

Nov 22, 2021 | 05:30 AM



MASYARAKAT Melayu/Islam kini bersikap lebih saling menerima dan lebih sudi menyokong banduan dan mereka yang pernah terperangkap dalam gejala penyalahgunaan dadah agar mereka dapat membuang tabiat mereka dan pulang ke pangkuan masyarakat.



Memberi perkembangan terkini, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata bagi setiap sembilan banduan, kini terdapat sekurang-kurangnya seorang relawan daripada masyarakat Melayu/Islam yang membantu golongan tersebut.



Ini berbanding nisbah sekitar 10 tahun lalu yang mana bagi lebih 100 banduan, hanya terdapat seorang relawan yang menyediakan bantuan, tambahnya.



Dr Faishal berkata, ini merupakan satu tanda yang baik di mana dengan lebih ramai orang tampil untuk menawarkan bantuan.



Ini ia bermakna mereka berminat dan sanggup berbuat demikian secara ikhlas dan tanggapan masyarakat Melayu/Islam turut telah berubah terhadap bekas banduan yang ingin pulang ke pangkuan masyarakat selepas menjalani hukuman.



Beliau, menyatakan demikian dalam ucapan penutup acara mencegah dadah, kempen Dadah Itu Haram (DIH) yang diadakan di Masjid Maarof, Jurong West petang semalam yang disertai sekitar 50 orang secara maya dan fizikal.



Dr Faishal juga menyentuh tentang hal itu menyusuli perubahan undang-undang terhadap pesalah yang hanya disabit kesalahan berkait penyalahgunaan dadah yang dibentangkan di Parlimen awal bulan ini di mana golongan tersebut tidak akan dianggap sebagai penjenayah tetapi lebih banyak tumpuan akan diberikan bagi proses pemulihan mereka.



"Sejak 10 tahun lalu, masyarakat kita semakin bersikap lebih menerima kepada golongan tersebut, bukan setakat menawarkan peluang kedua menerusi pertubuhan tertentu seperti Reben Kuning, tetapi lebih daripada itu, dengan memberi mereka peluang untuk pulih dan pulang ke pangkuan masyarakat," kata Dr Faishal.



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) berkata kini terdapat lebih 450 relawan daripada masyarakat melayu/Islam daripada pelbagai rakan kongsi masyarakat.



"Ini termasuk Fitrah (Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan bagi Pesalah dan Keluarga) dan Pergas, dan ini telah menambah baik nisbah antara relawan dengan banduan kepada 1:9," kata SPS dalam kenyataannya pada Ahad (21 Nov). 



Biro Narkotik Pusat (CNB) baru-baru ini turut telah berkata kepada BH bahawa sehingga September lalu, kempen DIH melibatkan seramai 337 relawan dan rakan kongsi masyarakat, termasuk rakan baru daripada Pertubuhan Melayu/Islam seperti Rangkaian Sukarela Imran (IMVNSG), badan sukarela Yishun71, dan lain-lain lagi.



Ini termasuk kesemua 75 masjid di sini, 76 kedai gunting rambut dan 40 tempat makan, tambah CNB.



Dr Faishal berkata, meskipun adanya perubahan undang-undang berkenaan, namun mesej 'Dadah Itu Haram' tetap tegas kerana dadah diketahui mendatangkan bahaya dan merosakkan diri dan melibatkan orang tersayang, katanya menjawab pertanyaan BH.



Beliau juga menggesa peserta belia semalam agar mereka mengelakkan daripada terpengaruh dengan kandungan palsu yang disebarkan dalam talian mengenai penggunaan dadah yang seolah-olah mempunyai kebaikan dari segi perubatan yang tidak disokongi kajian atau data saintifik.




"Sejak 10 tahun lalu, masyarakat kita semakin bersikap lebih menerima kepada golongan tersebut, bukan setakat menawarkan peluang kedua menerusi pertubuhan tertentu seperti Reben Kuning, tetapi lebih daripada itu, dengan memberi mereka peluang untuk pulih dan pulang ke pangkuan masyarakat.''
- Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >