Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Memahami CPF:Semudah 1, 2, 3 (Siri 4)

Feb 18, 2017 | 09:00 AM



 



  1. Tentukan jumlah bayaran CPF LIFE yang anda perlukan setiap bulan, dan pilih daripada beberapa Jumlah Persaraan:

 



  • Pembayaran dari usia 65  

    Untuk $700 – $750 sebulan sepanjang hayat  


    Jumlah Persaraan Asas (BRS)  

    $83,000

     

  • Pembayaran dari usia 65

    Untuk $1,280 – $1,380 sebulan sepanjang hayat  


    Jumlah Persaraan Penuh (FRS)  

    $166,000

     

  • Pembayaran dari usia 65

    Untuk $1,860 – $2,000 sebulan sepanjang hayat  


    Jumlah Persaraan Dipertingkat (ERS)

    $249,000

* Angka Jumlah Persaraan bagi anggota yang mencapai usia 55 tahun mulai Jan 2017. Angka bayaran adalah anggaran, berdasarkan Pelan Standard CPF LIFE dan dikira pada 2017. Wang persaraan dan bayaran balik berkaitan yang boleh anda terima adalah sebarang jumlah dalam anggaran ini. 



​      2. Memindahkan simpanan CPF anda kepada CPF suami / isteri anda agar beliau juga boleh menikmati bayaran bulanan sepanjang hayat, selepas mengenepikan BRS untuk diri anda.



     3. Menokok ERS untuk menikmati bayaran bulanan lebih tinggi sepanjang hayat.



 




SOALAN ANDA, JAWAPAN KAMI!

 





SOALAN: Bagaimana jika saya tidak dapat memenuhi Jumlah Persaraan Asas saya pada usia 55? Bolehkan saya menyertai CPF LIFE?



JAWAPAN: Ya, anda masih boleh menyertai CPF LIFE dengan jumlah yang anda miliki dalam Akaun Persaraan (RA). Anda akan mendapat bayaran bulanan berdasarkan simpanan RA anda mulai usia 65 tahun.



Dengan peredaran masa, simpanan RA anda akan berkembang dengan faedah. Para anggota yang berusia 55 tahun ke atas meraih faedah sehingga 6% bagi $30,000 pertama, dan 5% bagi $30,000 seterusnya. Para pekerja bergaji rendah yang layak bagi Skim Daya Kerja (Workfare) akan juga menerima tokokan CPF.



Orang tersayang, seperti suami atau isteri serta anak-anak anda, boleh juga membantu menokok Akaun Persaraan anda.





SOALAN: Bagaimana jika saya masih perlu menggunakan wang CPF saya untuk membayar pinjaman perumahan saya selepas usia 55?



JAWAPAN: Jangan bimbang, simpanan melebihi Jumlah Persaraan Asas, dan caruman baru kepada Akaun Biasa (OA) anda boleh digunakan untuk membayar pinjaman perumahan anda.



Anda boleh juga meminta, sebelum mencapai usia 55 tahun, untuk mengenepikan sebahagian daripada simpanan Akaun Biasa anda untuk terus membayar pinjaman perumahan anda selepas usia 55 tahun, tetapi ini bermakna simpanan CPF berkurangan untuk persaraan.



Jika anda tidak mempunyai simpanan CPF yang mencukupi untuk membayar pinjaman perumahan anda, anda boleh berjumpa dengan para Kaunselor Perumahan di HDB.



Anda ada soalan mengenai CPF? E-mel kami: askcpf@sph.com.sg



SERTAI KUIZ KAMI! 

10 baucar $50 NTUC untuk direbut setiap minggu!



Soalan Peraduan: Apa lagi yang boleh saya lakukan dengan CPF saya, selepas mengenepikan Jumlah Persaraan Asas pada usia 55 tahun?



A. Memindahkan lebihan simpanan  CPF kepada suami / isteri saya



B. Mengenepikan lebih banyak simpanan dalam Akaun Persaraan (RA) saya

     sehingga Jumlah Persaraan Dipertingkat (ERS)



C. A dan B



Hantarkan jawapan anda ke contest.sph.com.sg/cpf4 atau poskan penyertaan anda (termasuk jawapan, nama, nombor telefon & nombor kad pengenalan (NRIC) anda –  4 angka terakhir + huruf abjad) ke: CPF4 – Locked Bag 002, MacPherson Road Post Office, Singapura 913486. Tarikh tutup: 19 Februari 2017.



Terma dan Syarat: Semua penyertaan yang betul layak bagi cabutan bertuah pada 6 Mac 2017, 10 pagi di lobi SPH News Centre. Para pemenang akan dimaklumkan melalui telefon / pos. Tertakluk kepada terma dan syarat lain yang boleh didapati di http://contest.sph.com.sg/terms&conditions.



Dibawakan kepada anda oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPFB)



Sila klik Siri 1Siri 2 dan Siri 3 untuk menikmati Fahami CPF: Semudah 1, 2, 3 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >