Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SISTEM MERITOKRASI S’PURA

Membanting tulang sebelum raih kejayaan

Di Parlimen bulan lalu, beberapa Anggota Parlimen telah menyuarakan cadangan berkaitan memastikan peluang yang sama rata dan meluaskan sistem meritokrasi Singapura semasa perbahasan ucapan Presiden Halimah Yacob. Ini setelah pemerintah mahu meluaskan definisi meritokrasi dalam usaha Singapura mengatasi kecenderungan masyarakat menjadi lebih berstrata dan kurang mobiliti sosial. BERITA HARIAN mendapatkan pandangan pakar dan ketengahkan beberapa individu yang melakar kejayaan masing-masing tanpa mengikut 'acuan' kejayaan tradisional.
May 06, 2023 | 05:30 AM



DAHULU penjual daging, kini Pembangun Bersekutu di Temus, syarikat perkhidmatan transformasi digital yang ditubuhkan Temasek Holdings.



Perjalanan hidup Encik Muhammad Farid Sapuan, 33 tahun, bukanlah tanpa onak dan duri.



Sebelum melangkah masuk ke industri teknologi, beliau pernah membanting tulang, melakukan sehingga tiga pekerjaan dalam sehari.



Pada sebelah pagi, beliau akan membantu ayahnya menjual daging di pasar; pada tengah hari pula, Encik Farid bertugas sebagai penunggang penghantaran makanan; dan sebelah malam, beliau akan semak polisi insurans kliennya sebagai ejen insurans.



"Dulu, saya tak ada hari cuti. Setiap pagi, saya dan ayah saya akan buka kedai pada 8.30 pagi hingga 4 petang.



"Saya akan rehat sejam dan dari 5 petang hingga 8 malam, saya akan sambung tugas penghantaran makanan pula.



"Lepas itu, saya akan lakukan sebarang tugas berkaitan insurans klien-klien saya... begitulah kehidupan saya selama dua setengah tahun," kongsi Encik Farid, yang masih bujang.



Beliau berkata cabaran yang dihadapinya ketika itu pelbagai, terutama semasa pandemik Covid-19.



Pernah, semua anggota keluarga di rumah, kecuali dirinya, dijangkiti Covid-19.



Oleh itu, terpaksalah beliau menguruskan kedai daging bapanya seorang diri selama seminggu.



Harga daging juga terus meningkat ketika itu sehingga menjejas keuntungan yang diraih.



Selain itu, cabaran yang dihadapi juga berbentuk mental, fizikal dan emosional.



"Saya imbangi tiga kerja pada masa itu, saya tak ada banyak waktu untuk diri sendiri, tak ada waktu untuk berjumpa kawan-kawan, kadang perniagaan bagus, kadang tak bagus.



"Semasa Covid juga, pendapatan daripada insurans agak teruk sebab ada klien yang terpaksa menamatkan pelan mereka setelah dibuang kerja," katanya.



Mujur, Encik Farid mendapat tahu tentang program Step It Up bagi individu yang tidak mempunyai latihan atau latar belakang teknologi.



Program tersebut yang dijalankan Temus bertujuan membantu lebih ramai warga Singapura mendapat pekerjaan sebagai karyawan teknologi.



Sebelum ini, beliau memiliki Diploma dalam Kejuruteraan Mekanikal daripada Politeknik Ngee Ann (NP).



Sejak bertugas dengan Temus pada April 2023, Encik Farid tidak lagi melakukan kerja-kerja sampingan lain.



"Saya mahu jaga kesejahteraan diri saya dengan lebih baik," katanya.



Beliau juga mempunyai matlamat hendak menjadi pembangun sofwe jelang tahun hadapan.



Apabila impiannya menjadi pembangun sofwe tercapai, barulah beliau akan menganggap dirinya berjaya, kata Encik Farid.



Ditanya apakah definisi kejayaan baginya, beliau menjawab:



"Kejayaan itu ialah apabila kita dapat menyediakan keperluan keluarga kita dan kita gembira di tempat kerja."




"Dulu, saya tak ada hari cuti. Setiap pagi, saya dan ayah saya akan buka kedai pada 8.30 pagi hingga 4 petang.

Saya akan rehat sejam dan dari 5 petang hingga 8 malam, saya akan sambung tugas penghantaran makanan pula.

Lepas itu, saya akan lakukan sebarang tugas berkaitan insurans klien-klien saya... begitulah kehidupan saya selama dua setengah tahun."

- Encik Muhammad Farid Sapuan, Pembangun Bersekutu di Temus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >