MEMPERTEGUH daripada segi kepegawaian dan jalinan kerja ke atas tiga institusi tunggak - Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki dan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).
Ini merupakan antara yang ingin dilakukan oleh Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad apabila beliau mengambil alih sepenuhnya tugas selaku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam mulai Selasa ini.