Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menangi biasiswa satu cara balas jasa datuk, nenek

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah mengumumkan peruntukan $5 juta bagi tempoh lima tahun sehingga 2026 bagi Biasiswa Syed Isa Semait (SISS). Ia dapat menyokong sehingga 20 pelajar madrasah yang cemerlang dalam pelajaran mereka agar dapat menceburi pengajian sarjana muda di universiti Islam berprestij dunia. Biasiswa itu membolehkan pelajar menampung yuran tuisyen dan universiti, elaun dan perbelanjaan lain yang diluluskan. Calon yang layak juga boleh ditawarkan program pembangunan yang disesuaikan, peluang pementoran, bekerja sambil belajar, kerjaya dalam sektor keagamaan serta biasiswa possiswazah. Kelmarin, tiga lulusan madrasah menerima SISS. BERITA HARIAN menyorot kisah mereka.
Oct 22, 2022 | 05:30 AM



SEWAKTU menuntut dalam aliran International Baccalaureate (IB), Encik Hakeem Samsuri terdedah kepada pelbagai isu sosial yang membelenggu masyarakat kontemporari.



Dari situlah timbulnya minat baginya untuk mendalami bidang undang-undang yang mendorong beliau supaya melanjutkan pengajiannya dalam jurusan Syariah di Universiti Al-Azhar El-Shariff Cairo, Mesir.



Ketika ditemui Berita Harian (BH), Encik Hakeem, 19 tahun, berkata:



"Ketika saya mempelajari subjek IB, apa yang bagus tentangnya adalah ia mendedahkan pelajar kepada pelbagai perkara di luar sana. Kami mempunyai subjek Teori Pengetahuan... contohnya kita pelajari tentang budaya lain, bagaimana mereka menganggap perkara tertentu itu sebagai perkara baik-baik sahaja, tetapi di dalam Islam, ia adalah haram jadi timbul persoalan, mengapa?"



Malah, beliau berkata jurusan yang dituntutnya akan membawa manfaat memandangkan masyarakat sedang berdepan dengan pelbagai isu kontemporari seperti kecenderungan lesbian, gay, biseksual, transgender, queer (LGBTQ).



Kelmarin, beliau merupakan antara tiga lulusan madrasah sepenuh masa yang dianugerahkan dengan Biasiswa Syed Isa Semait - biasiswa berprestij yang menyokong pelajar madrasah yang cemerlang dalam pelajaran mereka agar dapat menceburi pengajian sarjana muda mereka di universiti Islam berprestij.



Encik Hakeem telah tamat pengajiannya dari aliran IB dan Aliyah dari Madrasah Aljunied Al-Islamiah, mencapai 44 daripada 45 mata.



Bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, beliau sebelum ini juga merupakan presiden bagi majlis pelajar madarasah tersebut di mana beliau melakarkan beberapa program pelajar, malah mewakili madrasah dalam pertandingan bahas.



Atas perkhidmatannya, beliau diiktiraf dengan anugerah Perkhidmatan Madrasah Aljunied.



Melebihi pendidikannya di madrasah, beliau mempunyai minat mendalam terhadap landskap keagamaan sosial dan secara tetap menghadiri program oleh pertubuhan Muslim.



Berkongsi cara beliau mengimbangi pelbagai komitmen, Encik Hakeem dengan tenang berkata beliau perlu pandai mengatur masa dan mengutamakan perkara yang lebih penting bergantung kepada keadaan.



Meluahkan kesyukuran ke atas biasiswa yang diterima, anak bongsu dalam dua adik beradik itu berkata:



"Alhamdulillah biasiswa ini memberi saya kemudahan kerana saya tidak perlu khuatir tentang hal kewangan ketika berada di negara asing.



"Saya dapat membanggakan nenek dan datuk saya yang menjaga saya. Saya terhutang budi kepada mereka dan inilah salah satu cara saya membalas jasa mereka."



Bagi Encik Hakeem, biasiswa ini membuka jalan baginya untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.



Ketika ditanya cita-citanya, Encik Hakeem dengan penuh yakin berkata ia adalah dalam bidang penggubalan dasar.



"Saya rasa itulah satu ruang yang sesuai bagi saya untuk membawa perubahan. Saya juga lihat banyak yang boleh dilakukan dalam ruang itu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >