APA KATA MENANTU
Menantu, mentua rebut hasil jual flat
Dakwa kuasa jual diberi kepada ibu mentua
Apr 17, 2016 | 05:30 AM
CIK Nita (bukan nama sebenar) keberatan menurunkan tandatangan pada dokumen surat kuasa atau Power of Attorney (PA) apabila seorang peguam datang menemuinya di Penjara Wanita Changi.
Dia, yang sedang menjalani pemulihan bagi penagih degil, enggan berbuat demikian kerana tidak mempunyai sebab menyokong langkah suami menjual flat empat bilik mereka di Bukit Panjang itu.