Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mendaki agih $45j subsidi pengajian tinggi tahun lalu

Jumlah Subsidi Yuran Tuisyen Pengajian Tinggi (TTFS) yang tertinggi sejak 3 dekad
Jun 13, 2021 | 05:30 AM



YAYASAN Mendaki mengagihkan Subsidi Yuran Tuisyen Pengajian Tinggi (TTFS) bernilai $45 juta kepada pelajar Melayu tahun lalu, jumlah tertinggi sejak skim itu diperkenalkan tiga dekad lalu.



Ini membolehkan Mendaki membantu lebih 10,000 pelajar Melayu yang menjalani pengajian diploma atau ijazah pertama di institut pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf pemerintah.



Membentangkan laporan kewangan tahun lalu Mendaki di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang diadakan semalam, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata Mendaki akan terus memastikan sekurang-kurangnya dua pertiga pelajar di peringkat pengajian tinggi layak mendapat TTFS.



Beliau berkata lagi bahawa dalam jangka masa pertengahan dan panjang, beliau melihat trend sihat di mana lebih ramai pelajar Melayu/Islam yang melanjutkan pengajian posmenengah khususnya di peringkat mahasiswa.



"Justeru dalam jangka pertengahan dan panjang, kami ramal dan benar-benar berharap lebih ramai daripada mereka akan layak dan memasuki universiti dan lebih ramai daripada mereka akan diberikan TTFS," tambahnya sewaktu sidang yang diadakan secara maya.



Encik Masagos berkata pengagihan TTFS pada 2019 ialah $43 juta.



Tahun lalu, ada keluarga yang terjejas dari segi kehilangan atau pengurangan pendapatan, justeru Mendaki telah menyeru pelajar agar memohon semula walaupun mereka mungkin tidak layak mendapat TTFS sebelum itu.



Susulan itu, 240 pelajar tampil untuk membuat permohonan semula dan layak mendapat TTFS.



"Kami akan membantu semua pelajar yang pendapatan keluarga mereka terjejas untuk mendapatkan TTFS... untuk mensubsidi yuran supaya mereka dapat mencapai cita-cita di universiti mahupun di politeknik dan di ITE (Institut Pendidikan Teknikal)," katanya.



Selain TTFS, Mendaki telah mengagihkan sebanyak $3.4 juta pinjaman pengajian kepada lebih 500 pelajar yang layak.



Tahun lalu, Mendaki turut membelanjakan $31.5 juta bagi program dan inisiatif mereka.



Secara keseluruhan, penerima bantuan dan peserta mencecah hampir 70,000.



Bagi tahun lalu, Encik Masagos berkata Mendaki telah menggunakan hampir $1.9 juta rizabnya bagi membantu masyarakat menangani kesan Covid-19.



Antaranya adalah untuk usaha meminjamkan lebih 300 komputer riba kepada pelajar prasekolah hingga ITE sewaktu mereka menjalani pembelajaran di rumah (HBL) disebabkan tempoh pemutus litar.



Laporan lanjut: Mendaki akan bantu lulusan tamat pengajian masuk sektor sedang membangun




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >