Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mendaki kemuka saranan pertingkat Skim Tuisyen

Mar 07, 2020 | 05:30 AM



MENDAKI telah mengemukakan saranan memperbaiki Skim Tuisyen Mendaki (MTS) dengan mempertingkat urus tadbir dan kepimpinan, kurikulum dan pedagogi skim tersebut.



Badan bantu diri itu juga mahu membangunkan guru tuisyenya dan meneroka cara lebih baik ia mendekati masyarakat.



Ia juga mempunyai rancangan meluaskan skim itu dengan membuka lagi 15 pusat MTS.



Semakan merentas lima bidang itu dilaksanakan demi meningkatkan MTS memandangkan perkembangan landskap dan kemajuan dalam pedagogi, kata Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia) Encik Zaqy Mohamad.



Beliau yang juga Naib Pengerusi Mendaki berkata demikian semasa memberikan respons kepada pertanyaan Dr Intan Azura Mokhtar (GRC Ang Mo Kio) mengenai usaha Mendaki menyemak program pendidikannya.



Awal dalam hujahnya di Parlimen semalam, Encik Zaqy berkata prestasi akademik pelajar MTS semakin menggalakkan.



Pada 2018, 60 peratus daripada pelajar MTS yang mengambil Matematik Asas berjaya mencatatkan kenaikan sekurang-kurang 1 gred dalam keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) mereka, berbanding keputusan akhir tahun mereka pada tahun sebelumnya.



Dalam pada itu, Skim Tuisyen MENDAKI (MTS) dan Program UPLIFT Kementerian Pendidikan menawarkan bantuan bagi mereka yang memerlukan latihan tambahan.



"Sehingga kini, lebih daripada 7,500 pelajar telah mendaftar di 85 pusat MTS kami. Menjelang tahun hadapan, kami bercadang untuk memperkenalkan lagi 15 pusat," kata Encik Zaqy.



Menurut Mendaki, selaras dengan rancangan mempertingkat skim tuisyen itu, ia akan menyusun semula pusat MTS dan memperkenalkan sistem pengetua kelumpuk.



Dari sudut kurikulum pula, ia akan memperkenalkan kelas Sains di darjah tiga. Sebelum ini kelas itu ditawarkan di peringkat darjah empat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >