Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mendaki lancar buku panduan bimbing mentor

Oct 25, 2021 | 05:30 AM



SATU buku panduan yang mengandungi pelbagai teknik dan sumber untuk membimbing mentor menyokong menti telah dilancarkan Yayasan Mendaki, kelmarin.



Dikenali sebagai buku Panduan Mentor atau 'Mentor Manual', berjudul 'The Gift of Mentoring: A Guide for Mentors', ia bertujuan untuk mendekati menti dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik selain melengkapi mentor dengan pengetahuan berhubung sumber masyarakat bagi menjalin hubungan dengan menti mereka.



Buku panduan tersebut melengkapi latihan Pementoran Berpusatkan Bakat (GCM) yang merupakan latihan wajib bagi semua mentor sebelum diberikan menti.



Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam, yang juga Pengerusi bagi Bidang Fokus 3 M³ telah melancarkan buku panduan tersebut semasa Amalan Masyarakat (COP) Pejabat Pementoran Belia Yayasan Mendaki.



Acara tersebut diadakan di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat secara hibrid dan lebih 20 mentor telah menghadiri sesi tersebut manakala lagi 50 menyaksikannya melalui wadah dalam talian Zoom.



"Belia kita memainkan peranan yang penting bagi masa depan Singapura dan masyarakat Melayu/Islam kita.



"Kita mahu menyokong belia kita dan membangunkan kekuatan serta keupayaan mereka melalui program memperkasa mereka dan menawarkan sumber yang baik agar mereka lebih bersedia dalam perjalanan mereka menjadi mentor," kata Cik Rahayu.



Beliau turut melahirkan rasa terharunya melihat kian ramai belia yang tampil ke hadapan untuk menjadi mentor dan turut menggesa belia lain merebut peluang ini menjadi contoh kepada masyarakat.



Antara mentor yang menyambut baik buku panduan itu ialah Cik Eva Andreanna, seorang jururawat, 37 tahun, dari Program Pemerkasaan @ITE.



"Buku panduan mentor ini merupakan rujukan yang baik bagi perjalanan mentoring saya.



"Saya juga boleh mengongsi amalan dan panduan baik kepada kedua-dua menti saya," ujarnya.



Selain itu, Cik Rahayu turut melahirkan rasa gembiranya berhubung topik kesihatan mental belia yang dipilih semasa COP semalam.



"Menyusuli ketidaktentuan akibat pandemik, para belia kian mengalami kerisauan yang semakin meningkat terutama mengenai masa depan mereka, rasa tertekan terhadap kewangan sedang banyak industri mengalami kelumpuhan ekonomi serta rasa bimbang mengenai prestasi akademik atau pekerjaan mereka," katanya.



Justeru membangunkan belia yang bersedia hadapi masa depan dan berdaya tahan, menurut Cik Rahayu memerlukan usaha seluruh masyarakat dan usah mentoring terus menjadi bahan perkasa penting bagi para belia.



"Menjaga kesejahteraan mental mereka harus menjadi keutamaan terutama dalam masa-masa sukar ini untuk memastikan mereka dapat terus merealisasikan bakat mereka," katanya lagi.



Mendaki akan menganjurkan dua lagi acara Sabtu depan iaitu Seminar NextStop dan dialog Mendaki-Institut Pengajian Dasar yang bertujuan untuk mempersiap belia bagi tenaga kerja pos Covid-19.




"Belia kita memainkan peranan yang penting bagi masa depan Singapura dan masyarakat Melayu/Islam kita.

"Kita mahu menyokong belia kita dan membangunkan kekuatan serta keupayaan mereka melalui program memperkasa mereka dan menawarkan sumber yang baik agar mereka lebih bersedia dalam perjalanan mereka menjadi mentor."

- Cik Rahayu Mahzam, Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >