MENJELANG SYAWAL

Mendaki Sense agih 80,000 sampul Raya dengan mesej belajar sepanjang hayat

MENDAKI Sense, sayap latihan Yayasan Mendaki, mengagihkan sebanyak 80,000 sampul Raya yang mengandungi mesej tentang pendidikan serta pembelajaran sepanjang hayat.

Peket itu diagihkan sepanjang bulan Ramadan ini di masjid dan gerai Mendaki Sense di bazar Geylang Serai.