Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mendaki tubuh sekretariat sokong rangkaian karyawan

Jun 01, 2019 | 05:30 AM



SEBUAH sekretariat baru yang dibentuk Yayasan Mendaki akan memberi sokongan kepada rangkaian karyawan yang ditubuhkan badan bantu diri itu.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengumumkan demikian semasa menghadiri satu majlis berbuka puasa dengan karyawan Muslim setempat daripada pelbagai bidang di The Landmark Ballroom di Village Hotel Bugis malam tadi.



Sekretariat itu antara lain bertujuan memberi sokongan kepada rangkaian karyawan Mendaki untuk menjalankan program demi membantu masyarakat.



Encik Masagos berkata bakti yang disumbang karyawan itu kepada masyarakat akan membantu melahirkan sebuah masyarakat yang cemerlang.



Ini merupakan kali pertama Mendaki menganjurkan majlis berbuka puasa dengan karyawan Muslim setempat.



Majlis itu turut dihadiri Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin; Anggota Parlimen GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam dan Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Esa Masood, serta lebih 150 karyawan Muslim.



Acara itu juga merupakan yang ketiga daripada satu siri sesi pendekatan Mendaki dengan pelbagai segmen masyarakat.



Sebelum ini, Mendaki juga telah mengadakan acara pendekatan dengan pelajar institut pengajian tinggi.



Selain meraikan kejayaan yang kian bertambah dalam masyarakat, usaha mendekati karyawan Muslim setempat ini juga bertujuan menggalak mereka memikirkan bagaimana mereka boleh menyumbang semula kepada masyarakat, dengan kejayaan yang sudah dikecapi.



Ini bagi meningkatkan keupayaan masyarakat dan memastikan tiada orang ketinggalan peluang untuk turut meraih kejayaan.



Sebelum hadirin berbuka puasa bersama, Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki, Cik Rahayu Buang, turut menyampaikan ucapan ringkas.



Cik Rahayu berkata beliau berharap majlis itu membolehkan karyawan yang hadir menjalin rangkaian serta mengeratkan hubungan antara mereka.



Beliau turut menggesa karyawan itu terus berhubungan dengan Mendaki dan rangkaian M Kuasa Tiga (M³) yang merangkumi Mendaki, Muis dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).



Bercakap tentang M3, Encik Masagos berkata kerjasama itu mengukuhkan lagi keupayaan ketiga-tiga badan itu bersama demi membangunkan sebuah masyarakat yang progresif dan maju.



"Dengan penggemblengan tenaga M3, Mendaki berupaya mendekati lebih ramai ibu bapa dan keluarga untuk mengikuti (program mereka) melalui rangkaian Mesra dan masjid," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >