Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mengecas bateri e-basikal punca flat di West Coast terbakar; 160 penduduk dipindahkan

May 21, 2023 | 04:14 PM



KIRA-kira 160 penduduk dipindahkan selepas kebakaran berlaku di sebuah flat di West Coast pada Sabtu malam.


Kebakaran berkemungkinan berpunca daripada pek bateri basikal menggunakan kuasa (PAB) yang sedang dicas di dalam bilik tidur, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada Ahad.


SCDF berkata dalam satu catatan Facebook bahawa ia telah dimaklumkan mengenai kebakaran di flat tingkat 12 itu pada 11.15 malam.


Anggota bomba memadamkan kebakaran, yang melibatkan kandungan di dalam bilik tidur, menggunakan pancutan air dan tiada kecederaan dilaporkan.

Enam sekeluarga tinggal di flat itu. 


Salah seorang daripada mereka, yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Yana, memberitahu akhbar berbahasa Cina, Shin Min Daily News pada pagi Ahad bahawa kebakaran bermula di bilik tidur abangnya.


“Ibu saya melihat pek bateri pengecas mengeluarkan percikan api dan kemudian ia terbakar,” katanya.


Beliau dan abang iparnya dengan pantas menghalang celah di bawah pintu bilik tidur dengan tuala dan pakaian basah bagi mengelak api merebak ke bilik lain, tambahnya. 


Seorang penduduk yang tinggal di bawah unit terbabit memberitahu akhbar itu bahawa beliau sedang mengadakan majlis dengan lebih 40 tetamu ketika kebakaran berlaku.


“Jiran di blok bertentangan menjerit supaya kami lari. Ketika itulah saya terhidu bau asap dan menyedari unit di tingkat atas terbakar,” kata penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Namira.


SCDF mengingatkan pengguna PAB dan Alat Mobiliti Peribadi (PMD) supaya tidak mengecas bateri peranti buat tempoh lama, dan juga tidak membeli atau menggunakan bateri bukan asli.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >