Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG HARI RAYA

Dekor Raya DIY

Kadar kitar semula warga di sini membimbangkan. Tahun lalu, kadar tersebut kekal pada 13 peratus, sama seperti 2020 iaitu kadar paling rendah dalam tempoh sedekad. Ini sedangkan sisa yang dihasilkan isi rumah di sini saban tahun semakin meningkat. Malah, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), mendedahkan isi rumah di sini secara purata menghasilkan 1.82 juta tan sisa pada 2021, naik daripada 1.77 juta pada 2020. Umumnya, banyak sisa yang dihasilkan semasa musim-musim perayaan dan Aidilfitri tidak terkecuali. Justeru, berlatarbelakangkan keadaan tersebut, koresponden BERITA HARIAN/MINGGU, RUBI MOHD DAN RABIATUL ADAWIYAH BINHAN meneroka cara untuk bergaya di Hari Raya, namun dengan cara yang dapat mengurangkan pembaziran dan sekali gus impak kepada alam sekitar. Daripada mengitar semula perabot dan menggunakan bahan mesra alam untuk menghias rumah hinggalah menggayakan pakaian Raya 'upcycle' serta lampu-lap lip jimat tenaga, ikuti saranan mereka untuk menjadikan lebaran anda lebih bergaya dan lebih seronok, dengan cara yang lebih mampan.
May 01, 2022 | 05:30 AM



APABILA Raya nak tiba tentu sekali ramai sibuk membeli-belah dan ingin mencantikkan mahligai mereka bagi menerima tetamu menjelang Raya nanti. Daripada hiasan bunga, membeli perabot dan menukar langsir dan macam-macam lagi - perlukah kita bertukar 'baru' setiap tahun? Sebagai seorang yang cenderung dalam bidang mereka dalaman, tentu saya juga tidak terkecuali ingin menghias rumah tapi kali ini, saya ingin meneroka cara-cara saya boleh menaik taraf atau kitar semula, demi menyokong pergerakan hijau dan menjadi lebih mesra alam! Ini adalah beberapa idea yang anda boleh cuba:



BUNGA SEGAR lwn BUNGA PLASTIK



Perhiasan bunga yang menawan memang penyeri ruang rumah terutama di meja makan dan meja ruang tamu - tetapi soalnya, mana lebih baik, bunga plastik atau bunga segar? Tentu sekali bunga segar lebih mesra alam dan sekaligus lebih berseri bila dikenakan dengan pasu kaca yang anggun.



Tetapi, kalau anda ingin membeli perhiasan bunga plastik, pastikan pembelian itu akan digunakan untuk masa panjang. Baru-baru ini, saya mendapatkan dedaun plastik Eucalyptus yang akan sentiasa nampak segar dan hijau - berbanding dengan pembelian daun segar yang tidak hidup lama dan bertukar warna setelah kering. Saya dapat pelbagaikan corak dan hiasan dengan bertukar pasu dan menghiasnya dengan cara berbeza-beza. Penggubah bunga Encik Ben Dasuki, 58 tahun, berkata: "Bunga segar boleh bertahan sehingga tujuh hari, manakala bunga plastik boleh bertahan selamanya". Kalau di masa hadapan, kita bosan dengan perhiasan plastik itu, mungkin boleh diberikan kepada orang lain pula, untuk mengurangkan pembaziran dan jejak karbon kita.



Ada banyak lagi cara lain untuk berjimat sambil belajar pelbagai seni DIY yang boleh menaik taraf perabot dan perhiasan yang kita sudah ada dan memberinya nafas baru. Saya suka gunakan laman Pinterest untuk mencari idea-idea baru. Membeli sesuatu yang baru sepatutnya menjadi satu pilihan terakhir jika boleh. Kalau perlu beli, mungkin boleh cuba cari dulu dari kedai-kedai barang terpakai seperti Hock Siong, Cash Converter dan Salvation Army.



Kita semua punyai tanggungjawab terhadap planet kita, jadikanlah kemampanan gaya hidup anda dengan membuat perubahan secara kecil-kecilan. Sedikit sediki tentu lama-lama nanti akan jadi bukit juga.



KARYA SENI PENGHIAS DINDING MESRA BAJET



Baru-baru ini, pempengaruh hiasan dalaman Bob Mubarak berkongsi di akaun Instagramnya, yang beliau sukakan karya seni yang unik untuk menghias dinding rumah bujangnya. Ini adalah cara yang paling kreatif untuk menyerikan ruang rumah dan boleh diperolehi dengan harga yang sangat berpatutan, atau sesuai dengan bajet yang ada.



Daripada membeli sebuah karya yang mahal yang sudah siap sedia, Bob memilih untuk memuat turun karya itu dari laman web antarabangsa (etsy.com), kemudian dihantarkan fail itu untuk dicetak dalam saiz A1 dan diletakkan dalam bingkai gambar yang dibelinya dari Ikea. Harga sebuah karya seni yang unik ini bermula dari hanya $50 ke atas, bergantung kepada saiz dan karya yang anda pilih. Untuk tema Raya ini, anda juga boleh memilih membeli karya kaligrafi ataupun karya seni geometri dari budaya Timur Tengah.



NAIK TARAF PERABOT, JANGAN BELI BARU



Sekitar tahun lalu, saya pernah dapatkan 6 buah kerusi makan diperbuat daripada kayu dari laman dagang barang-barang terpakai, Carousell. Kerusi itu ditawarkan percuma, dan syaratnya, saya harus menguruskan pengangkutannya.



Warna asal kerusi itu tidak sesuai dengan meja makan saya, lalu saya mengambil keputusan untuk mengecatnya semula dan memberinya wajah baru. Saya pilih warna putih (depan), kerana sukakan tema ala ala pesisir pantai.



Dengan cara ini, saya dapat 6 kerusi baru dengan warna yang saya suka! Kos kerusi $0. Kos membeli cat dan peralatan, sekitar $50. Berbaloi kan? Ini boleh anda lakukan untuk perabot lain yang sedia ada seperti almari, rak TV dan sebagainya. Berikan perabot anda warna dan wajah baru serta-merta!




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >