Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG RAMADAN

Sinar Ramadan lebih lama di Marsiling

Mar 21, 2023 | 05:30 AM



SEMANGAT Ramadan amat dirasakan di estet perumahan Marsiling menerusi satu penyalaan lampu hiasan dengan tempoh yang lebih lama selain lebih terang berbanding sebelum ini.



Dilancarkan pada Sabtu lalu oleh Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, penyalaan tersebut memaparkan ikatan kukuh dalam masyarakat dan meluaskan semangat Ramadan dari Masjid An-Nur sehingga ke Pasar dan Pusat Penjaja Marsiling.



Dalam satu kenyataan Pejabat Kawasan Undi Marsiling yang dikeluarkan pada Sabtu, Encik Zaqy yang juga Penasihat Pertubuhan Akar Umbi (GRO) GRC Marsiling -Yew Tee berkata:



"Penyalaan ini melambangkan perpaduan masyarakat kita.



"Semasa kami mulakan inisiatif ini dua tahun lalu ketika puncak pandemik, kami mempunyai banyak sekatan yang dikenakan ke atas solat di masjid serta had yang dikenakan kepada pengunjung semasa lawatan Hari Raya.



"Penyalaan lampu di sepanjang Marsiling Road ini dan meliputi seluruh masyarakat kita akan menyinarkan harapan serta semangat Ramadan di estet perumahan kita.



"Tahun ini kita akan teruskan tradisi ini untuk berkongsi suasana indah ini sepanjang Ramadan."



Lebih 200 orang hadir menyaksikan acara pelancaran tersebut.



Penyalaan ini sebagai peringatan tentang betapa pentingnya masyarakat dan semangat bersatu semasa detik-detik yang mencabar ini, kata kenyataan itu.



"Ia satu peluang untuk semua, tidak kira bangsa atau agama untuk menghargai semangat Ramadan serta nilai-nilai di sebaliknya," tambah kenyataan itu lagi.



Penyalaan tersebut merupakan kerjasama antara GRO Marsiling, Masjid An-Nur, serta Persatuan Peniaga dan Penjaja Marsiling 18 hingga 21, berlangsung sejak Sabtu lalu sehingga 30 April akan datang.



Selain penyalaan tersebut, rakan-rakan KDinar Ramadanawasanundi Marsiling juga telah menyediakan tabung-tabung wang syiling untuk 60 kanak-kanak pra-sekolah.



Tabung-tabung tersebut dihasilkan sebagai berkongsi nilai disiplin diri, kawal diri, pengorbanan, dan empati terhadap mereka yang memerlukan semasa Ramadan.



"Ini menggalak golongan muda kita untuk memupuk tabiat berjimat sejak usia muda dan akhirnya menggunakannya untuk kembalikannya kepada masyarakat," jelas kenyataan itu lagi.



Pengerusi Eksekutif Masjid An-Nur, Encik Juraiman Rahim, berkata:



"Sedang kita memenuhi tanggungjawab agama, adalah penting kita turut bersikap sebagai Muslim yang bertimbang rasa dan mengelak daripada menyusahkan orang lain.



"Marilah kita amalkan sikap sensitif terhadap masyarakat lain dalam kawasan kita ini," jelasnya.



Selain itu, orang ramai juga boleh menjangkakan Bazar Raya Utara (BRU) mulai 24 Mac, yang terletak berdekatan Stesen MRT Woodlands.



BRU akan dilancarkan para penasihat Akar Umbi GRC Marsiling-Yew Tee dan Sembawang.



Ini disusuli pula dengan Iftar Utara pada 2 April.




"Penyalaan ini melambangkan perpaduan masyarakat kita.



Semasa kami mulakan inisiatif ini dua tahun lalu ketika puncak pandemik, kami mempunyai banyak sekatan yang dikenakan ke atas solat di masjid serta had yang dikenakan kepada pengunjung semasa lawatan Hari Raya.



Penyalaan lampu di sepanjang Marsiling Road ini dan meliputi seluruh masyarakat kita akan menyinarkan harapan serta semangat Ramadan di estet perumahan kita.''



- Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad (kiri) bersama para penduduk di pelancaran penyalaan lampu di Marsiling.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >