Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menlu Indonesia akan lawat Singapura, mulakan sambutan 50 tahun hubungan

Feb 03, 2017 | 08:07 AM



MENTERI Luar Indonesia, Cik Retno Marsudi, akan melawat Singapura pada 9 dan 10 Feb untuk bertemu rakan sejawatannya, Dr Vivian Balakrishnan, dan memulakan satu siri acara sambutan 50 tahun hubungan diplomatik antara dua negara.



Acara akan diadakan hampir setiap bulan di setiap negara bagi "menjalin hubungan lebih rapat, daripada kegiatan pendidikan kepada larian riadah", kata jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Encik Arrmanatha Nasir.



Beliau menambah bahawa Cik Retno akan melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Lee Hsien Loong, dan lawatan susulan dengan Dr Balakrishnan mengenai perjanjian dua hala meliputi kerjasama maritim dan ekonomi yang dibangkitkan apabila Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, bertemu Encik Lee semasa Rahat Pemimpin di Semarang, Jawa Tengah, November lalu.



Agenda paling utama lawatan itu ialah perbincangan mengenai perjanjian sempadan laut yang Indonesia tandatangani dengan Singapura pada 2014, yang disahkan Parlimen Indonesia Disember lalu, serta kerjasama dalam memerangi pengganasan, menurut Encik Arrmanatha.



Perjanjian itu meliputi sempadan sepanjang 9.45km di bahagian timur Selat Singapura antara Changi dan Batam. Ia menunjukkan kawasan yang dimiliki dua pihak itu, yang kritikal bagi menegakkan kedaulatan dan menguatkuasakan undang-undang.



Encik Arrmanatha berkata: "Kami masih mempunyai beberapa isu pembatasan sempadan tertunggak yang kami akan cuba giatkan rundingannya."



Perbincangan juga akan tertumpu pada perkongsian perisikan dan maklumat, serta cara lebih baik bagi kedua-dua negara menangani kemungkinan pengganasan meningkat di rantau ini.



Cik Retno juga akan menyampaikan ceramah umum di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam mengenai cara pentadbiran Encik Joko menangani konflik dengan negara lain.



Singapura menjalin hubungan diplomatik rasmi dengan Indonesia pada 1967, dan dua negara ini menikmati perhubungan berkekalan walaupun berlaku beberapa ketegangan berkaitan isu seperti jerebu tahunan yang disebabkan oleh kebakaran tanah dan hutan, serta kawalan navigasi ruang udara.



Singapura kekal sebagai pelabur asing terbesar di Indonesia. Kedua-dua negara juga menjadi sumber utama satu sama lain bagi pelancongan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >