Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Menteri, AP Melayu/Islam sokong pemilihan Lawrence Wong

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Menteri, AP Melayu/Islam sokong pemilihan Lawrence Wong

Lahir keyakinan wibawa Menteri Kewangan, mampu bawa Singapura harungi cabaran mendatang
Apr 16, 2022 | 05:30 AM

MENTERI dan Anggota Parlimen (AP) Melayu/Islam memberi sokongan padu terhadap pemilihan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, sebagai calon pemimpin 4G bagi memimpin Singapura.

Akur akan ketidaktentuan yang bakal dihadapi Singapura pada masa akan datang, menteri dan AP Melayu/Islam melahirkan keyakinan, Encik Wong mampu membawa Singapura mengharungi cabaran mendatang, berbekalkan ciri kepimpinan yang baik.

Justeru, pelantikan itu memang "keputusan yang dijangka dan dipersetujui oleh anggota pasukan 4G secara sebulat suara," kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dalam satu catatan di Facebook.

Mengulas mengenai pelantikan itu, Encik Masagos yang juga Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam berkata, beliau yakin masyarakat Melayu/Islam dan warga Singapura mampu terus maju di bawah kepimpinan Encik Wong yang kepimpinannya menyerlah.

Akur akan cabaran yang menanti Encik Wong dalam menangani isu-isu yang dihadapi Singapura di masa mendatang, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, percaya Encik Wong memiliki keupayaan yang diperlukan untuk membawa negara ke tahap lebih tinggi meski dalam keadaan tidak menentu.

Antara isu yang perlu diatasi termasuk aspirasi dan pandangan pelbagai lapisan masyarakat, termasuk dari kalangan belia dan golongan warga yang semakin menua, dalam dunia yang pesat berubah, kata Dr Maliki dalam respons kepada Berita Harian.

"Singapura perlu berupaya menyesuaikan diri untuk bertindak terhadap ketidaktentuan ini.

"Encik Wong bersama pemimpin 4G lain perlu memimpin dan terus menyatupadukan warga Singapura supaya ketidaktentuan ini dapat diharungi dengan baik," ujar beliau yang pernah bekerja rapat bersama Encik Wong di Kementerian Pendidikan (MOE) dan Kementerian Pertahanan (Mindef).

Pelantikan Encik Wong diumumkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong kelmarin dalam satu kenyataan dan beliau turut mengesahkan langkah tersebut disokong semua Anggota Parlimen (AP) parti pemerintah dalam satu kaukus.

Keputusan itu sekali gus membuka laluan bagi Encik Wong menjadi perdana menteri Singapura keempat.

Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, turut mengucapkan tahniah kepada Encik Wong dan "mengalu-alukan kepimpinan serta visi untuk masa depan."

Sentimen masyarakat juga rata-rata mengalu-alukan pelantikan itu.

Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata keprihatinan Encik Wong terletak pada Singapura dan warga.

"Saya dan ramai penduduk mengalu-alukan berita pelantikan ini," ujar beliau.

Dalam mengulas pengumuman itu, Encik Wong menekankan, model kepimpinan politik Singapura bukan hanya berkisar pada satu individu.

Menurut Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam, komen itu "menggambarkan personaliti dan gaya kepimpinan" Encik Wong.

Melalui catatan di Facebook, Cik Rahayu berkata ciri kepimpinan Encik Wong terserlah sebagai pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19.

"Beliau dan pengerusi bersama lain memaparkan kepimpinan yang hebat dan terbuka mendengar maklum balas dan pandangan orang lain," ujarnya.

Laporan lanjut: Masagos perjelas mengapa Lawrence Wong pilihan tepat

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3