Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menteri ehwal luar, pertahanan dan perdagangan Singapura dan Australia akan bertemu di Canberra

Apr 30, 2023 | 08:13 PM



Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong akan mengambil bahagian dalam mesyuarat ke-13 Jawatankuasa Menteri Bersama Singapura-Australia (SAJMC) di Canberra, Australia pada Isnin (1 Mei).



Australia akan diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Encik Richard Marles, Menteri Ehwal Luar, Cik Penny Wong dan Menteri Perdagangan dan Pelancongan serta Menteri Khas Negara, Encik Don Farrell, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Ahad (30 April). 



Ditubuhkan pada 1996, SAJMC ialah mekanisme dialog peringkat tinggi yang diadakan secara tetap serta melibatkan menteri ehwal luar, pertahanan dan perdagangan Singapura dan Australia.



MFA berkata ia merupakan platform untuk kedua-dua pihak membincangkan kerjasama dua hala, termasuk pelaksanaan Perkongsian Strategik Komprehensif Singapura-Australia, dan bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa. 



Mesyuarat SAJMC terakhir telah diadakan secara maya pada Ogos 2021.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >