Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menteri Kesihatan arahkan laksana Pofma pada SPH Magazines

Jan 27, 2020 | 09:09 AM



SPH Magazines Pte Ltd telah mematuhi arahan yang diberikan pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) untuk membetulkan pos dalam talian dalam forum HardwareZone.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini (Isnin, 27 Jan), SPH Magazines berkata:



"HardwareZone.com telah pun menghapuskan pos tersebut sesuai dengan garis pandu komunitinya.



"Ia juga mematuhi arahan tersebut dengan segera dan menerbitkan notis pembetulan. Pengguna forum juga telah diingatkan untuk menyiarkan pos secara bertanggungjawab."



Awal sebelum ini telah dilaporkan bahawa Menteri Kesihatan telah mengarahkan pejabat Pofma mengeluarkan Perintah Pembetulan Umum (GCD) kepada SPH Magazines Pte Ltd yang mengelolakan forum HardwareZone.



Kenyataan palsu telah diterbitkan dalam satu pos di forum tersebut yang menyatakan seorang lelaki meninggal dunia akibat koronavirus Wuhan di Singapura.



Hardwarezone perlu mengeluarkan notis pembetulan kepada semua pengguna di Singapura yang menggunakan forum tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >