DIALOG SHANGRI-LA
Menteri pertahanan lima negara sahkan komitmen pada FPDA
Jun 02, 2019 | 05:30 AM
MENTERI-MENTERI pertahanan dari lima negara anggota Peraturan Pertahanan Lima Negara (FPDA) mengesahkan komitmen mereka kepada pakatan itu dalam satu mesyuarat di luar Dialog Shangri-La ke-18, semalam.
Mereka turut membincangkan kerjasama yang sedang berjalan bagi memastikan FPDA tetap relevan menjelang sambutan ulang tahunnya yang ke-50 pada 2021.