Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menyingkap kisah bakal Ketua Eksekutif Muis...

Sep 19, 2021 | 05:30 AM



BAKAL Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen adalah seorang penerima Pingat Keberanian sempena Anugerah Hari Kebangsaan pada 2004.



Malah, namanya pernah disebut Perdana Menteri Lee Hsien Loong ketika berucap di Rapat Umum Hari Kebangsaan 2004.



Encik Lee ketika itu memuji ketangkasan kumpulan DART daripada Pasukan Pertahanan Awam (SCDF) yang dipimpin Encik Kadir Maideen yang pada masa itu berpangkat Mejar.



Menurut Encik Lee, Mejar Kadir dan pasukannya "bertarung nyawa untuk mencari dan menyelamatkan mangsa yang terperangkap" di bawah runtuhan Nicoll Highway.



Tugas pasukan tersebut disifatkan oleh PM Lee sebagai "sukar lagi merbahaya".



"Saya menonton berita di televisyen dan saya melihat bagaimana anggota keluarga mangsa sangat-sangat berharap agar orang yang mereka kasihi, selamat. Saya sematkan gambaran itu dalam fikiran saya semasa bertugas," ungkap PM Lee dalam ucapannya itu.



Encik Kadir, mantan penolong pesuruhjaya (AC) SCDF, adalah diantara 10 penerima Pingat Keberanian pada tahun tersebut.



Penganugerahan itu diberikan kepada mana-mana individu atas tindakan berani dan gagah mereka dalam keadaan yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri.



Encik Kadir akan mengambil alih tugas Encik Esa Masood sebagai Ketua Eksekutif Muis mulai 1 November ini.



Berita itu diumumkan oleh Encik Esa kelmarin menerusi satu catatan di laman Facebook Muis.



Ini merupakan peralihan pucuk kepimpinan atasan kedua dilakukan Muis dalam tempoh tujuh minggu, selepas pelantikan Encik Saat Abdul Rahman sebagai Presiden Muis yang baru bulan lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >