Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mercy Relief bantu mangsa banjir Pakistan

Oct 11, 2022 | 05:30 AM



Dari Hyderabad, Pakistan



PERTUBUHAN kemanusiaan, Mercy Relief, sedang mengadakan misi respons serta membuat tinjauan keadaan selepas bencana banjir besar-besaran yang berlaku di Pakistan.



Pertubuhan Singapura itu bermatlamat mendekati seramai 3,500 mangsa bencana banjir di wilayah selatan Sindh.



Sebuah pasukan empat orang dipimpin pengerusi, Encik Satwant Singh, seorang kakitangan Mercy Relief dengan dua wartawan termasuk Berita Harian (BH), telah selamat tiba di Karachi pada 10.55 pagi waktu Pakistan, atau 1.55 tengah hari waktu Singapura semalam.



Misi tersebut antara lain bermatlamat bekerjasama dengan rakan tempatan Program Sokongan Daerah Terpencil Kebangsaan (NRSP) untuk mengagihkan pek bantuan mengandungi barang dapur, selimut serta bekalan jagaan bayi dan wanita baru bersalin kepada seramai 700 keluarga di daerah terjejas di wilayah Sindh.



Lebih 2,600 daripada penerima merupakan wanita.



Selain mengagihkan pek bantuan misi tersebut, pasukan itu juga bermatlamat menjalankan tinjauan pascabencana bagi membolehkan bantuan lanjut diberikan. Antara lain, pasukan itu akan melawat kem perubatan bagi wanita hamil dan baru bersalin esok.



Dalam satu mesyuarat di pejabat daerah NRSP di Hyderabad, Pengurus Rantauan Am, NSRP, Encik Ghulam Mustafa, berkata bencana banjir di Pakistan tahun ini sangat luar biasa dengan skala bencana itu melangkaui empat hingga lima kali ganda kesan banjir pada 2010.



Beliau berkata meskipun keadaan banjir semakin surut dan hujan kian reda, masyarakat terjejas bencana banjir di negara itu menghadapi krisis lanjut disebabkan penularan penyakit akibat air bertakung sesudah banjir serta pembiakan nyamuk.



Selain itu, terdapat juga risiko masalah kekurangan makanan disebabkan kawasan pertanian dan tanaman rosak dan perlindungan juga diperlukan golongan kehilangan kediaman menjelang musim sejuk.



Sebanyak 23 daripada 29 daerah di wilayah seluas 140,914 kilometer persegi itu terjejas banjir akibat rekod hujan berlebihan dan takungan air sungai Indus.



Merujuk perangkaan daripada Penguasa Pengurusan Bencana Wilayah (PDMA), Pakistan mempunyai seramai 12.13 juta penduduk yang terjejas dengan 7.38 juta kehilangan tempat tinggal.



Seramai 763 orang terkorban termasuk 324 kanak-kanak.



Antara lain, kerosakan dilaporkan di kawasan pertanian dan tanaman. Selain itu, prasarana perhubungan seperti jalan raya dan lebuh raya juga dilaporkan rosak.



Memberi respons, Encik Satwant berkata apa yang penting dalam misi ini adalah untuk memberikan bantuan yang diperlukan masyarakat dalam masa terdekat.



"Kami perlu tahu apa keperluan masyarakat terjejas di Sindh, apa lagi yang boleh kami bantu dan apa cara terbaik dan terpantas untuk agihkan bantuan tersebut," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >