DARI KATHMANDU: RUMAHNYA ranap dek dua gempa bumi yang melanda Nepal baru-baru ini, mujur bagi keluarga Cik Dhan Maya Tamang, 47 tahun, beliau kini mempunyai tempat berteduh sementara yang dibina hasil usaha badan kemanusiaan Singapura Mercy Relief.
Cik Tamang, 47 tahun, merupakan antara setengah juta penduduk Nepal yang kehilangan tempat tinggal selepas gempa bumi melanda negara itu pada April dan Mei lalu.