Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Mercy Relief beri sumbangan besar sejak ditubuhkan 20 tahun lalu: DPM Heng

Nov 28, 2023 | 07:56 PM



Badan kemanusiaan setempat, Mercy Relief, telah menjalankan 92 operasi bantuan merentasi 27 negara, mengagihkan lebih daripada $46.1 juta dan mengendalikan 76 projek pasca bencana, selama 20 tahun sejak ia ditubuhkan pada 2003.

Sepanjang dua dekad, Mercy Relief telah menyediakan wadah bagi Singapura dan rakyatnya untuk menyumbang kepada mangsa yang terjejas oleh bencana alam.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, Encik Heng Swee Keat, berkata semasa sambutan ulang tahun ke-20 Mercy Relief pada Selasa (28 Nov) malam, “Melalui badan kemanusiaan seperti Mercy Relief, kita sebenarnya boleh membina perpaduan. Apabila bencana melanda, ia menyatukan pelbagai masyarakat bersama untuk membantu mangsa yang menderita”.

Setahun selepas pembentukannya, Mercy Relief telah diuji pada Boxing Day apabila tsunami Lautan India melanda dan meragut 250,000 nyawa serta menyebabkan dua juta orang kehilangan tempat tinggal.


Sebanyak 17 misi bantuan perubatan yang melibatkan 120 sukarelawan sepanjang tempoh empat bulan telah dijalankan untuk membantu mereka yang terselamat di Aceh, Sri Lanka dan Thailand.

Dengan globalisasi, berita tentang bencana boleh tersebar beberapa saat sahaja. Ia menjadi lebih mudah untuk menggerakkan usaha nasional dan serantau serta tindak balas kemanusiaan global.

Mengenai hal ini, Encik Heng berkata: “Selama lebih daripada 15 tahun, Mercy Relief telah juga memberi bantuan kemanusiaan kepada Gaza. Ia sedang dalam perbincangan bersama Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dan masjid-masjid untuk mengutip derma bagi konflik yang sedang berlaku”.

Pengerusi Mercy Relief, Encik Satwant Singh, berkata: “Ketika kita mengharungi pergeseran koridor kemanusiaan dan cabaran bencana alam dan konflik, peranan kita menjadi lebih penting...

“Sikap berkecuali dan prinsip tidak berat sebelah diuji setiap hari, tetapi kami berpendirian tegas dalam komitmen kami untuk berkhidmat dengan penuh integriti dan empati.”

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Mercy Relief pada Selasa, pencapaiannya sepanjang dua dekad ini termasuk memastikan bekalan bantuan penting dapat dikerahkan kepada kawasan yang dilanda bencana dalam tempoh 72 jam pertama yang kritikal.

Ia telah bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan dan antarabangsa untuk menjamin pendekatan komprehensif untuk pemulihan bencana dan pembinaan semula komuniti.

Ia juga berjaya mengerahkan ribuan sukarelawan, penderma, dan penyokong untuk membantu mereka yang menghadapi kesusahan.

Sempena sambutan ulang tahunnya, Mercy Relief menegaskan semula komitmennya kepada rantau Asia Pasifik.

Visinya untuk masa hadapan termasuk meluaskan jangkauannya dan mencipta bantuan bencana yang berkesan dan penyelesaian mampan dengan menyepadukan teknologi, data dan penyelidikan baharu.

Usaha ini amat penting bagi Mercy Relief untuk menangani masalah rumit yang dihadapi oleh masyarakat yang terjejas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >