Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mercy Relief hulur bantuan mangsa gempa Turkey

Feb 09, 2023 | 05:40 PM



PERTUBUHAN kemanusiaan Mercy Relief mengumumkan bahawa ia akan menyalurkan bantuan kepada mangsa gempa di Turkey.


Pertubuhan tersebut telah membuat persiapan untuk mengerahkan sumber di Turkey bagi mengedarkan bantuan kecemasan dengan menyediakan makanan panas, makanan segera, air minuman, kit kebersihan, selimut dan khemah berteduh kepada keluarga yang terjejas.


Pengerusi Lembaga Mercy Relief, Encik Satwant Singh, berkata: 

“Keutamaan kami adalah untuk menyediakan bantuan segera kepada mangsa untuk memenuhi keperluan kelangsungan hidup mereka, iaitu makanan, baju panas, tempat teduh, kit kebersihan dan memastikan keadaan tempat tidur memadai.


“Kami akan bekerja rapat dengan rakan di sana, Pertubuhan Bantuan Kemanusian Hayrat, untuk memenuhi keperluan komuniti.”


Mercy Relief akan melancarkan pengumpulan dana dalam usaha untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa.

Mereka yang ingin menderma kepada pengumpulan dana tersebut boleh berbuat demikian melalui saluran berikut:



Pendermaan kad kredit melalui laman web Mercy Relief: https://www.mercyrelief.org/donate/


Cek boleh dibuat kepada ‘Mercy Relief Limited’ dengan tertera ‘Turkey Earthquake Relief Fund 2023’, nama dan alamat e-mel penderma, dan dihantar ke alamat Blok 160 Lorong 1 Toa Payoh, #01-1568, Singapore 310160.


Pemindahan dana kepada Akaun Semasa DBS Mercy Relief, 054-900741-2


Pendanaan awam bagi “Turkey Earthquake 2023” di www.giving.sg/mercy-relief/turkey_ earthquake_2023_relief_fund




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >