Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mercy Relief tingkat usaha beri bantuan segera ke tempat dilanda bencana

Jan 30, 2023 | 05:30 AM



PERTUBUHAN kemanusiaan Mercy Relief akan mengambil pendekatan untuk menghulur bantuan dengan segera ke tempat yang dilanda bencana selain membina kemampanan dan kapasitinya.



Ini merupakan antara hasil perbincangan yang timbul menyusuli satu rahat anjuran pertubuhan itu yang berlangsung pada 14 Januari lalu.



Dalam responsnya kepada Berita Harian (BH), Pengerusi Mercy Relief Encik Satwant Singh, berkata usaha menyalur bantuan dengan segera ke tapak bencana merupakan "perkara asas" yang ingin diberi tumpuan pihaknya.



"Kami ambil keputusan yang kami ingin kembali kepada asas, iaitu menghulur bantuan dengan segera di tempat yang dilanda bencana kerana di sanalah bantuan amat diperlukan.



"Impaknya juga akan diperoleh dengan segera dan kami dapat menarik perhatian ramai mengenai usaha sedemikian.



"Kami mempunyai perancangan terperinci tentang apa yang perlu dilakukan apabila bencana berlaku dan semua itu akan diperiksa terlebih dahulu, sebelum kami bertindak," katanya.



Pada masa yang sama, dalam jangka panjang pihaknya ingin beralih kepada usaha membangunkan kemampanan dan kapasiti, namun semua ini akan bergantung kepada dana yang diterima selain memahami akan keperluan di tapak bencana.



Menurutnya sesetengah projek memerlukan bantuan segera seperti air, perubatan dan makanan, sementara ada pula yang perlukan pakaian, tempat perlindungan, dan lain-lain.



"Anggota lembaga pengarah juga setuju bahawa Mercy Relief patut menjadi tunggak kepada pertubuhan bukan pemerintah Singapura yang menghulurkan bantuan di luar Singapura, dan lebih penting lagi terhubung dengan keperluan penduduk. Mercy Relief juga akan menumpukan kepada projek-projek setempat," katanya yang mengambil alih jawatan pengerusi daripada Encik Suhaimi Rafdi sejak lewat tahun lalu.



Menurut laman Mercy Relief, pertubuhan itu dirasmikan pada 2003 dan pasukan respons bencana pertamanya dikerah ke Baharok di Sumatra Utara, Indonesia, yang dilanda banjir besar pada ketika itu.



Seramai empat anggota dalam pasukan itu telah menyampaikan keperluan asas kepada mereka yang memerlukan.



Sepanjang 19 tahun lalu, Mercy Relief telah memberikan respons kepada lebih 86 tragedi kemanusiaan dengan bantuan bernilai lebih $45.3 juta diagih kepada 26 buah negara.



Pada 2021, meskipun pandemik Covid-19 melanda, Mercy Relief masih terus menyalurkan bantuan kepada masyarakat yang rentan di Filipina.



Bersama rakan-rakan di sana, mereka yang menjadi sasaran di wilayah Visayas Barat menerima pek-pek bantuan yang mengandungi makanan dan kit-kit kebersihan.



Baru-baru ini Yayasan Rahmatan Lil 'Alamin (RLAF), dengan kerjasama Mercy Relief dan masjid-masjid di Singapura telah mengumpul dana sebanyak $237,277 untuk rayuan gempa bumi Jawa Barat.



Inisiatif pengumpulan dana ini bertujuan menyokong keperluan segera masyarakat yang terjejas akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, Indonesia.



Diadakan dari 25 November hingga 8 Disember tahun lalu, dana ini akan disalurkan untuk menyediakan barangan bantuan penting seperti makanan, air, tempat perlindungan kecemasan dan barangan kebersihan.



Menurut Encik Singh, pihaknya masih lagi mengumpul dana memandangkan situasi di tapak kejadian masih agak terdesak.



Dalam fasa pertama pengagihan bantuan, lebih daripada 2,500 keluarga dari daerah Warung Kondang, Cilaku dan Cugenang, Kabupaten Cianjur, telah menerima barangan bantuan.



Ini termasuk makanan panas, air, tempat perlindungan khemah, kit kebersihan, selimut, dan kain terpal.



Selain usaha ini, RLAF juga turut berkata mereka akan bekerjasama dengan Mercy Relief untuk melakukan lawatan pemantauan kepada mangsa yang terjejas.



Lawatan ini dijangka membolehkan pasukannya mengetahui keperluan yang paling mendesak dalam masyarakat dan arah projek pemulihan pada masa hadapan.




"Kami ambil keputusan yang kami ingin kembali kepada asas, iaitu menghulur bantuan dengan segera di tempat yang dilanda bencana kerana di sanalah bantuan amat diperlukan.



Impaknya juga akan diperoleh dengan segera dan kami dapat menarik perhatian ramai mengenai usaha sedemikian.



Kami mempunyai perancangan terperinci tentang apa yang perlu dilakukan apabila bencana berlaku dan semua itu akan diperiksa terlebih dahulu, sebelum kami bertindak."



- Encik Satwant Singh, pengerusi Mercy Relief.




HASIL RAHAT MERCY RELIEF



Berikut antara hasil rahat pertubuhan kemanusiaan Mercy Relief yang diadakan pada 14 Januari lalu.



* Memanfaatkan kaedah media sosial untuk menarik perhatian orang ramai dan menderma kepada usaha murni pertubuhan itu.



*Kembali ke "asas" - bermakna menabur khidmat ke tempat yang dilanda bencana.



* Bergerak ke arah membina daya kemampanan dan kapasiti bergantung kepada dana dan keperluan di tapak yang perlukan bantuan.



* Menjadi tunggak bantuan kepada bencana yang berlaku di luar Singapura.



* Menjadi rangkaian kepada keperluan penduduk setempat dan memberi tumpuan kepada projek di tapak yang menjadi bencana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >