Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Merokok di semua taman awam, pantai boleh didenda mulai esok

Sep 30, 2022 | 05:30 AM



MULAI esok, sesiapa yang merokok di semua taman dan kebun awam, beberapa kawasan dekat air dan 10 pantai riadah boleh didenda hingga $1,000.



Orang ramai dilarang merokok di lebih banyak tempat awam sejak 1 Julai, sebagai sebahagian usaha menghapuskan tabiat itu dan melindungi Singapura daripada kesan berbahaya asap rokok kedua atau 'second-hand smoke' yang dihembus perokok.



Untuk memberi orang ramai masa untuk menyesuaikan diri dengan larangan yang diumumkan buat kali pertama Mac lalu itu, mereka yang merokok di tempat tambahan di mana orang ramai dilarang merokok itu telah diberi nasihat secara lisan bagi tiga bulan pertama sejak larangan tersebut diperkenal.



Lebih 1,200 nasihat lisan telah diberikan kepada perokok di kawasan tersebut antara 1 Julai dengan 25 September lalu, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Lembaga Taman Negara (NParks), agensi air negara PUB dan Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) semalam.



Dengan berakhirnya tempoh penasihat itu hari ini, mereka yang merokok di tempat ini boleh dikenakan denda $200 atau hingga $1,000 jika didakwa dan didapati bersalah di mahkamah.



Untuk membolehkan perokok menyesuaikan diri juga, ruang merokok yang khusus telah disediakan di 12 taman termasuk Taman East Coast dan Taman Bishan-Ang Mo Kio serta Pantai Palawan, Siloso dan Tanjong, menurut agensi itu.



Selain itu, kain rentang, poster dan tanda 'No Smoking By Law' (Tidak Dibenarkan Merokok Mengikut Undang-Undang) juga telah dipasang di lokasi bebas rokok yang baru itu sebagai peringatan buat orang ramai.



Orang ramai kini dilarang merokok di lebih 49,000 tempat, baik di luar mahupun di dalam tempat tertutup.



Sepanjang pertengahan pertama tahun ini, sekitar 7,400 saman dikeluarkan bagi kesalahan merokok di tempat terlarang, menurut agensi itu.



Sebelum merokok dilarang di lebih banyak tempat itu, larangan merokok di Singapura hanya dikenakan di tempat seperti taman kejiranan di estet perumahan privet dan awam, kolam air dan hutan simpanan.



Orang ramai juga dilarang merokok di laluan pejalan kaki yang tertutup, kawasan dalam jarak 5 meter dari perhentian bas serta kolong blok.



Mulai esok, tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap mereka yang merokok di taman dan kebun lain di bawah NParks serta tapak Air Aktif, lndah, Bersih (Air ABC) PUB yang termasuk sungai dan tasik.



Orang ramai juga dilarang merokok di kawasan tanah paya seperti Tanah Paya Terapung Sengkang serta kawasan berhampiran longkang besar.



Bagaimanapun, mereka masih boleh merokok di ruang awam yang terbuka seperti laluan pejalan kaki yang tidak bertutup dan kawasan yang tidak bertutup di tingkat atas tempat letak kereta bertingkat (MSCP).



Mereka juga boleh melakukan demikian di ruang sendiri seperti di rumah dan dalam kereta masing-masing, asalkan asap rokok tidak keluar ke tempat di mana orang ramai dilarang merokok.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >