Mers-CoV: Pemeriksaan suhu atas penumpang dari Korea Selatan
MOH ambil langkah berjaga-jaga meskipun tiada kes dikesan
Jun 10, 2015 | 05:30 AM
KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) semalam mula menjalankan pemeriksaan suhu ke atas penumpang dari Korea Selatan yang tiba di lapangan terbang Singapura, sebagai langkah berjaga-jaga mengesan kes sindrom pernafasan koronavirus Timur Tengah (Mers-CoV) dari negara itu.
Ini meskipun tiada kes Mers-CoV di Singapura sejauh ini, menurut satu kenyataan MOH semalam.