MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) bersama Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) dan Kementerian Kesihatan Singapura (MOH), akan terus mengambil langkah berjaga-jaga ekoran penularan koronavirus sindrom pernafasan Timur Tengah (Mers-CoV) semasa musim haji tahun ini bagi memastikan keselamatan semua jemaah dan pegawai haji republik ini terjaga.
Demikian kata ahli setiausaha Muis, Haji Mohammad Thahirrudin Shadat Kadarisman, dalam taklimat haji di Max Atria, Singapore Expo, semalam.