Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mesej 'Dadah Itu Haram' diperluas ke gelanggang sukan

CNB, Perses kerjasama galak pemain sepak takraw amal gaya hidup sihat, jauhi dadah
Feb 06, 2022 | 05:30 AM



KEMPEN Dadah Itu Haram diluaskan dengan menyasarkan ahli sukan bagi menggalak mereka mengamalkan gaya hidup sihat dan menjauhi dadah.



Menandakan kerjasama Biro Narkotik Pusat (CNB) dengan Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) bagi kempen itu, jersi tertera logo 'Sepaktakraw Bebas Dadah' telah diberi kepada 27 pengurus pasukan sepak takraw semalam.



Selain itu, CNB antara lain akan bekerjasama dengan Perses dalam menyampaikan ceramah antidadah kepada atlet dan belia yang bermain sepak takraw, kata jurucakap biro tersebut.



Jersi itu disampaikan oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, dalam satu acara di Heartbeat@Bedok.



Bercakap kepada media, Dr Faishal berkata ahli sukan mempunyai aspirasi untuk melakukan yang terbaik, oleh itu mereka harus disediakan dengan sekitaran sihat.



"Saya rasa adalah penting kita menyediakan mereka sekitaran sihat dan membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam sukan mereka dan melibatkan diri dalam kumpulan, sekitaran prososial serupa pertubuhan seperti Perses, yang berhubungan dengan masyarakat, dan mempunyai matlamat memberi inspirasi kepada pemain agar cemerlang.



"Jadi, kita tidak mahu dadah muncul dan mengganggu perjalanan mereka," ujar beliau.



Dalam ucapannya di acara itu, Dr Faishal juga berkata, dadah boleh mengganggu tumpuan belia dalam perjalanan mereka ke arah gaya hidup sihat.



Justeru, adalah penting pemerintah dan masyarakat bekerjasama dan membantu belia menjauhi dadah, dan terus menjalani gaya hidup sihat dan sejahtera.



"Kami mahu belia kita menyertai kami dalam usaha pendidikan pencegahan dadah kami untuk membantu menyebarkan mesej mengenai bahaya dadah," ujarnya.



Mengenai usaha Perses bersama CNB itu, Dr Faishal berkata, mesej 'Sepaktakraw Bebas Dadah' adalah satu mesej sangat kuat yang mempunyai banyak kaitan dengan apa yang dilakukan Perses untuk berhubung dengan masyarakat dan memberi inspirasi kepada anak muda supaya cemerlang dalam sukan, termasuk sepak takraw.



"Ini juga satu langkah untuk menunjukkan bagaimana masyarakat sukan yang lain boleh menyertai kami dalam usaha ini, kerana dadah memudaratkan ahli sukan, dadah akan menggangu perhatian atlet daripada mencapai kecemerlangan dalam sukan, dan dadah akan mengganggu dan merosakkan keluarga dan masyarakat," kata beliau.



Berkongsi rancangan meluaskan lagi kempen Dadah Itu Haram, Dr Faishal berkata, pada masa depan kerjasama lain akan juga dijalin, antaranya dengan kumpulan belia.







Perses tidak tolak ansur terhadap dadah



PERSEKUTUAN Sepak Takraw Singapura (Perses) mengambil pendirian tidak bertolak ansur terhadap dadah sejak dulu, ujar presidennya, Encik Mohd Nasri Haron.



Justeru, kerjasama Biro Narkotik Pusat (CNB) dan Perses bagi kempen Dadah Itu Haram mengukukuhkan lagi pendirian itu, dan datang tepat pada waktunya memandangkan Perses baru-baru ini memulakan program SportCares yang bertujuan mendekati belia berisiko menerusi sukan.



Encik Nasri menjelaskan menerusi program itu, Perses akan mendekati lebih 100 belia berisiko berusia dari 13 tahun hingga 18 tahun menerusi sepak takraw bagi menyebarkan mesej antidadah.



Jurulatih Perses akan berterusan memberi peringatan kepada belia bahawa sekiranya sesiapa sahaja mendekati mereka berhubung dengan dadah, mereka harus bersuara dan memberitahu pihak Perses, kata Encik Nasri.



"Tentu sekali jurulatih juga akan membantu mengenal pasti tanda-tanda pelibatan belia ini dalam dadah," tambahnya.



Mengenai usaha Perses menyertai kempen Dadah Itu Haram, Encik Nasri berkata semua pemain yang bakal menyertai pertandingan sepak takraw akan diberi jersi yang membawa logo 'Sepaktakraw Bebas Dadah'.



Ini supaya mereka boleh menyebarkan mesej dadah adalah haram, termasuk sedang mereka bertanding, kata Encik Nasri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >