Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mesra harus hubung masyarakat Melayu dengan yang lain: Maliki

May 29, 2022 | 05:30 AM



MAJLIS Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (MESRA) mesti menjadi suara masyarakat agar isu yang dihadapi masyarakat Melayu di sini dapat diketengahkan dan difahami masyarakat lain.



Mesra juga memainkan peranan selaku penghubung masyarakat Melayu dengan masyarakat lain, dan bergerak ke depan.



Ia juga harus melakukan lebih daripada hanya menjadi penganjur acara di kelab masyarakat - imej yang sering dikaitkan dengannya.



Berkata demikian, Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman menjelaskan bahawa hala tuju baru itu perlu diambil Mesra dek adanya banyak permintaan serta isu yang dihadapi masyarakat Melayu.



"Kita juga mahu lebih terhubung dengan masyarakat kerana kami mahu pastikan bahawa masyarakat Melayu faham bahawa terdapat banyak sistem sokongan yang disediakan untuk mereka manfaatkan.



"Oleh itu, Mesra mesti mendekati (masyarakat) dan menjadi suara masyarakat Melayu kepada masyarakat lain agar isu yang dihadapi masyarakat Melayu difahami.



"Pada masa yang sama masyarakat Melayu juga dapat dihubungkan dengan masyarakat lain.



"Melangkah ke hadapan, itulah cara Mesra akan beroperasi," ujar Dr Maliki yang juga Penasihat kepada PA Mesra.



Beliau menghadiri acara Mesra Lebaran 2022 - Majlis Pelantikan & Sesi Jalinan Rakan Kongsi yang diadakan di Orchid Country Club semalam.



Beliau turut melakarkan lima bidang utama yang perlu diberi fokus oleh Mesra dalam masa terdekat.



Ini termasuk perubahan cara pemikiran; keperluan memiliki kecerdasan emosi sebagai barisan hadapan yang berinteraksi dengan anggota masyarakat daripada pelbagai latar belakang; mempunyai pemahaman situasi dengan sering mendekati masyarakat untuk mengetahui keperluan mereka; bertindak balas secara proaktif kepada keperluan yang muncul; dan menggembleng aset yang terdapat dalam masyarakat.



Semasa acara semalam yang dihadiri sekitar 200 orang, seramai 27 pemimpin masyarakat dan 23 belia dilantik sebagai anggota Majlis Jawatankuasa Eksekutif PA Mesra ke-16 dan Jawatankuasa Kecil Belia PA Mesra ke-4.



Anggota yang dilantik akan berkhidmat selama tiga tahun bermula dari 1 April 2022 hingga 31 Mac 2025.



Turut hadir di acara semalam ialah Setiausaha Parlimen (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, yang juga Penasihat kepada Jawatankuasa Kecil Belia PA Mesra.




"Kita juga mahu lebih terhubung dengan masyarakat kerana kami mahu pastikan bahawa masyarakat Melayu faham bahawa terdapat banyak sistem sokongan yang disediakan untuk mereka manfaatkan.

Oleh itu, Mesra mesti mendekati (masyarakat) dan menjadi suara masyarakat Melayu kepada masyarakat lain agar isu yang dihadapi masyarakat Melayu difahami.

Pada masa yang sama masyarakat Melayu juga dapat dihubungkan dengan masyarakat lain.

Melangkah ke hadapan, itulah cara Mesra akan beroperasi."

- Dr Mohamad Maliki Osman, Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >