PENAHANAN PEKERJA BANGLADESH DI BAWAH ISA
MHA: Dalang Negara Islam Bangladesh telah bekerja di sini sejak 2007
May 05, 2016 | 05:30 AM
DALANG Negara Islam Bangladesh (ISB), Rahman Mizanur, yang bekerja sebagai pelukis draf dalam firma binaan setempat semasa ditangkap telah bekerja di sini untuk beberapa tempoh sejak 2007.
Semasa kali terakhir dia ke Singapura pada Disember 2015, pihak berkuasa tiada maklumat yang menyarankan dia terpengaruh dengan pandangan radikal.