Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MHA semak skim sokongan bagi suspek muda yang diwawancara agensi penguatkuasaan

Nov 03, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Ehwal Dalam Negeri (MHA) sedang menyemak skim yang menawarkan sokongan kepada suspek muda sedang mereka diwawancara oleh agensi penguatkuasaan undang-undang.



Dapatannya akan diumumkan dalam beberapa bulan akan datang.



Skim Dewasa Sesuai bagi Suspek Muda (AAYS) membolehkan sukarelawan bebas dan terlatih hadir bersama suspek di bawah usia 16 tahun semasa diwawancara dengan agensi seperti polis dan Biro Narkotik Pusat (CNB).



Pengerusi Parti Pekerja (WP), Cik Sylvia Lim, (GRC Aljunied) akur di Parlimen semalam bahawa potongan usia bagi belia di bawah Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (CYPA) dinaikkan kepada 18 tahun pada 2019.



"Adakah MHA tidak menerima bahawa usaha sedemikian akan memerlukan semua langkah melindungi suspek muda untuk memastikan potongan usia ialah 18 tahun dan bukan 16?



"Maksud saya, kami faham perlunya ia dilakukan secara berperingkat tetapi sekurang-kurangnya adakah pihak kementerian tidak bersetuju bahawa kita perlu mengalihkan kesemua perlindungan, sama ada undang-undang atau secara prosedur, kepada potongan usia 18 tahun sejajar dengan pindaan kepada CYPA mengenai definisi kanak-kanak?" tanya Cik Lim.



Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, telah memberi respons kepada soalan yang diajukan Cik Lim, Encik Leong Mun Wai (AP Tanpa Kawasan Undi ), Dr Tan Wu Meng (GRC Jurong), Dr Shahira Abdullah (AP Dilantik) dan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) di Parlimen semalam.



Menurutnya, MHA sedang menyemak untuk meluaskan AAYS bagi merangkumi kumpulan usia ini dan akan mengumumkan hasilnya dalam beberapa bulan akan datang.



Memberi respons kepada soalan Cik Lim, Dr Faishal berkata:



"Golongan dewasa sesuai merupakan sukarelawan dan akan memerlukan lebih ramai sukarelawan untuk menyokong peluasan bagi merangkumi lebih ramai suspek muda."



Beliau menganggarkan bahawa kumpulan sedia ada sebanyak 351 sukarelawan, perlu ditambah dua kali ganda untuk merangkumi belia berusia 16 dan 17 tahun.



Beliau menambah, latihan yang perlu dilaksanakan secara bersemuka, telah menjadi lebih sukar akibat pandemik Covid-19.



Dr Faishal berkata:



"Meluaskan skim ini bukan sesuatu yang mudah tanpa kumpulan dewasa sesuai yang mencukupi. Jika wawancara ditangguhkan sehingga adanya seorang dewasa yang sesuai, ini boleh menimbulkan lebih banyak tekanan terhadap individu yang disiasat."



Isu peluasan AAYS diketengahkan menyusuli kematian Justin Lee, belia 17 tahun pada 16 September lalu, yang jatuh daripada tingkat tinggi.



Dia ditangkap pegawai CNB pada 3 Februari dan dihadapkan ke mahkamah pada 24 Jun kerana mengedar dadah.



Tiada dewasa sesuai diperuntukkan kepadanya semasa diwawancara CNB memandangkan dia berusia 17 tahun semasa ditangkap.



Skim Dewasa Sesuai yang serupa menawarkan sokongan kepada individu yang terdedah secara mental seperti mereka yang berkeperluan khas secara mental atau isu kesihatan mental.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >