Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Michelin, DHL uji teknologi hasilkan tayar kalis pancit di S'pura

Dec 19, 2022 | 05:30 AM



CAWAN yogurt atau botol plastik pakai buang yang dikitar semula hari ini boleh menghasilkan tayar kalis pancit baru pada masa akan datang, dengan Singapura kini memainkan peranan dalam pembangunannya.



Syarikat tayar Perancis, Michelin, kini sedang menguji teknologi prototaip itu dengan kerjasama syarikat logistik, DHL Express.



Michelin, yang ingin menjual tayar kalis pancit itu pada 2024, berkata pemandu tidak perlu bimbang lagi tentang kesan keadaan jalan raya pada tayar kenderaan mereka atau tentang risiko seperti hilang kawalan ke atas kenderaan atau perlu berhenti di tepi jalan raya disebabkan tayar pancit.



Sebelum ini, beberapa gambar yang menunjukkan tayar itu yang dilengkapkan pada van penghantaran DHL Express dikongsi di laman Facebook sebuah syarikat acara setempat namun pos itu telah diturunkan kini.



DHL mengesahkan bahawa kenderaan dalam gambar itu adalah milik syarikat itu namun tidak memberi perincian tentang tayar tersebut atau mengapa van itu dilengkapkan dengan tayar itu.



Michelin juga enggan mengulas.



Sementara itu, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata mereka juga sedar akan ujian yang sedang dijalankan menggunakan tayar ini dan telah bekerjasama dengan pihak yang terlibat untuk memastikan segala langkah keselamatan yang relevan diambil.



Menurut The Straits Times (ST), terdapat sekurang-kurangnya satu ujian melibatkan tayar itu di Singapura di Pusat Pameran Changi pada Julai lalu, dengan gambar yang dikongsi di Facebook itu mungkin daripada satu ujian baru-baru ini sekitar bulan lalu.



Tayar itu kalis pancit kerana tidak menggunakan angin dengan tekanan untuk kekal dalam bentuknya.



Sebaliknya, tayar yang tidak menggunakan angin itu dilengkapi dengan struktur getah sebagai penyangga.



Hingga kini, tayar yang tidak gunakan angin hanya digunakan pada kenderaan yang lebih ringan seperti basikal kongsi yang digunakan Mobike semasa syarikat itu beroperasi di Singapura dahulu.



Pada 2019, Michelin turut memperkenal tayar prototaip yang serupa dengan tayar yang dilengkapkan pada van DHL itu di sebuah acara perdagangan di Montreal, Canada.



Mereka turut mempamerkan tayar itu di sebuah acara di Munich, Jerman, pada September tahun lalu.



Syarikat itu berkata prototaip itu akan diuji dalam situasi sebenar di pelbagai lokasi di seluruh dunia sepanjang pembangunannya.



Michelin juga berkata akan menggunakan bahan yang dikitar semula daripada cawan yogurt dan botol plastik bagi tayar yang dibangunkannya, termasuk tayar yang tidak menggunakan angin, mulai 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >