Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Minat bidang sains hasilkan keputusan cemerlang GCE 'A'

Feb 24, 2018 | 05:30 AM



MINATNYA terhadap sains berputik sejak diperkenalkan kepada subjek itu di sekolah rendah.



Ini telah mendorong pelajar Hwa Chong Institution, Cik Lina Filzah Samsul Muarif, 19 tahun, terus mendalami subjek tersebut.



Bekas pelajar Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang yang mengikuti Program Bersepadu (IP) itu juga mengambil bahagian dalam Persidangan Kelab Pengkaji Antarabangsa mengenai Sains, Kejuruteraan dan Teknologi (Antarabangsa), pada Mei tahun lalu.



Beliau dan pasukannya yang membentangkan kertas kerja mengenai bagaimana mengelak kerosakan MRT di Singapura itu juga merupakan antara penerima "Kertas Terbaik" di persidangan tersebut.



Kecemerlangannya dalam bidang sains juga menyerlah apabila anak bongsu dua beradik yang juga aktif dalam sukan bola lisut di sekolahnya itu mendapat gred yang memberangsangkan dalam Peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'A' yang diumumkan semalam. Beliau meraih gred A dalam Fizik, Kimia, Matematik dan Ekonomi bagi H2; gred A dalam Kerja Projek dan gred C dalam Kertas Am bagi H1.



"Saya tidak sangka dengan keputusan yang saya raih ini kerana ia lebih baik daripada prelim," ujarnya.



Cik Lina Filzah merupakan antara 12,502 pelajar yang menduduki GCE 'A' mereka tahun lalu.



Ikuti laporan keputusan peperiksaan GCE 'A':






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >