Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MinLaw: Facebook tidak boleh diharap untuk tapis kepalsuan

Nov 10, 2018 | 02:50 PM



FACEBOOK enggan memadam satu kenyataan yang dibuat oleh States Times Review di lamannya yang mengaitkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dengan siasatan 1MDB, kata Kementerian Undang-Undang (MinLaw) malam tadi (9 November).



Pendirian Facebook itu menunjukkan bahawa wadah media sosial tersebut tidak boleh diharap untuk menapis kepalsuan atau melindungi Singapura daripada satu kempen maklumat palsu, kata MinLaw dalam satu kenyataan kepada media.



“Facebook enggan memadamkan satu kenyataan yang jelas palsu, berbaur fitnah dan membidas Singapura dengan kepalsuan.



“Ini menunjukkan mengapa kita perlu undang-undang untuk melindungi diri kita daripada kepalsuan yang sengaja disebar di dalam talian,” kata MinLaw.



Tambahnya, banyak penerbitan Malaysia, termasuk China Press, yang telah menukil rencana States Times Review yang disifatkan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) sebagai tidak berasas itu juga telah menarik balik rencana mereka selepas Suruhanjaya Tinggi Singapura di Malaysia mengeluarkan kenyataan untuk mengatakan bahawa ia palsu dan fitnah.



States Times Review antara lain melaporkan bahawa dalam satu wawancara dengan media Malaysia, editor Sarawak Report, Cik Clare Rewcastle Brown, telah mendedahkan bahawa Singapura adalah antara sasaran utama dalam siasatan berhubung 1MDB, selain Switzerland dan Amerika Syarikat.



Namun, MinLaw berkata Sarawak Report dan Cik Brown telah mengeluarkan dua kenyataan untuk menyatakan bahawa dakwaan States Times Review itu adalah palsu.



“Namun Facebook tidak rasa ini semua sebab yang mencukupi bagi mereka memadamkan kenyataan itu,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >