ANGKATAN Bersenjata Singapura (SAF) akan menghantar sepasukan perubatan yang merangkumi 15 orang bersama pekerja daripada Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana (HADR) ke Nepal, ujar Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen semalam.
Satu pesawat C-130 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) akan membawa kontinjen bantuan ke Nepal untuk menolong dalam pengangkutan udara selepas gempa bumi kuat berukuran 7.8 skala Richter menggegarkan Nepal pada Sabtu lalu.