Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Misi selamatkan kucing di belebas...

Dec 21, 2016 | 05:14 PM



SEEKOR kucing terperangkap di belebas tingkat 21 sebuah flat di Teban Gardens sebelum berjaya diselamatkan.



Misi menyelamat yang penuh mendebarkan itu dirakamkan oleh pengurus perhubungan kanan Persatuan Kebajikan Kucing, Cik Laura Ann Meranda.



Rakaman video selama dua minit 11 saat itu menular di laman rangkaian sosial Facebook.



Individu yang melakukan usaha menyelamat itu, Encik Richard Ng, 48 tahun, dilihat menggunakan satu jaring hijau dan perlahan-lahan memujuk kucing itu, yang dipercayai berusia antara tujuh bulan dan setahun, untuk memasuki jaring tersebut sebelum diangkat.



Cik Meranda ditukil akhbar The Straits Times sebagai berkata, Encik Ng, yang menjalankan perniagaan penghantaran binatang peliharaan dan melakukan tangkap binatang secara ihsan, telah menerima panggilan kecemasan dari seorang penduduk di Blok 21 Teban Gardens, semalam.



Kucing itu dipercayai kepunyaan seorang penduduk yang tinggal di tingkat 21.



Kata Cik Meranda: "Dipercayai pemilik itu membiarkan kucingnya merayau. Kucing berkenaan mungkin telah melompat keluar ke belebas koridor, dan kemungkinan secara lompatan itu, kucing tersebut telah mendarat di bahagian belebas dan tidak di bahagian dalam koridor."



Kata wanita berusia 31 tahun itu, "pendidikan mengambil masa yang lama" dan pemilik kucing berkenaan telah bertanya kepada Encik Ng di mana beliau boleh mendapatkan jaring bagi menutupi tingkapnya.



Para pengguna Internet yang menyaksikan video itu memuji Encik Ng atas usahanya menyelamatkan kucing tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >